LEGO telah bersetuju untuk membina kilang sifar karbon pertama mereka di Vietnam-Singapore Industrial Park (VSIP), Binh Duong, Vietnam.
Projek ini dianggarkan mencecah lebih 1$ billion (RM4.1 billion) dengan pelaburan yang dibuat bagi tapak seluas 44 hektar di Wilayah BinhDuong sekitar 50 km dari Ho Chi Minh City.
Kilang sifar karbon pertama yang bertapak di Asia Tenggara ini akan bergantung sepenuhnya kepada penjanaan tenaga solar.
Untuk merealisasikannya, panel bumbung solar serta ladang solar berdekatan akan dibina bagi menjana kuasa yang diperlukan.
Bukan itu sahaja, malah kilang tersebut juga mesra kenderaan elektrik dan akan menggunakan peralatan kilang yang mesra tenaga.
Pembangunan projek ini dijangka bermula pada separuh kedua tahun 2022 dan berkemungkinan siap sepenuhnya untuk beroperasi pada 2024.
Namun begitu, tapak kawasan pembinaan kilang tersebut perlu dikosongkan.
Oleh disebabkan itu, sebanyak 50,000 pokok akan ditanam di Vietnam untuk mengganti semula pokok yang hilang itu.
Ketua Pegawai Operasi, Carsten Rasmussen berkata setiap kilang LEGO tidak kira di mana ia terletak mestilah dibina untuk menghasilkan produk yang paling selamat, berkualiti terbaik, dan menyediakan persekitaran kerja bertaraf dunia.
Kilang di Vietnam itu adalah merupakan satu dari enam kilang LEGO di seluruh dunia. Kilang lain termasuklah Jinxiang, China, Hungary, Republik Czech, Mexico, dan sudah tentu negara kelahiran LEGO, Denmark.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: