Tahukah anda terdapat sebuah komuniti kecil yang hanya mempunyai 201 penduduk yang bernama Whittier, terletak di Alaska, Amerika Syarikat? 80 peratus daripada penduduk mereka menetap di sebuah bangunan 14 tingkat yang dinamakan sebagai Menara Begich.

Apa yang boleh dikatakan unik adalah Menara Begich tersebut merupakan satu sistem masyarakat yang mendiami bangunan tersebut di mana semua fasiliti yang biasa ada di bandar atau pekan telah dibina dalam menara tersebut.
Malahan untuk pergi ke pekan ini yang terletak lebih 90 kilometer jauhnya dari Anchorage, hanya terdapat satu laluan darat sahaja melalui sebuah terowong sepanjang 4 kilometer yang perlu merentasi kawasan pergunungan atau para pengunjung perlu melalui jalan air.

Terowong yang dibina turut menarik perhatian di mana hanya mempunyai satu lorong sahaja. Malahan jalan yang sempit menyebabkan setiap 30 minit hanya satu arah laluan sahaja dibuka bagi mengelakkan kenderaan bertembung.
Terowong juga akan ditutup pada waktu malam sebagai langkah keselamatan dan mempunyai sebuah lampu isyarat di kedua-dua pintu masuk yang dilengkapi pemasa bagi membolehkan pemandu arah bertentangan mengetahui baki masa sebelum dibenarkan melalui terowong tersebut.
Difahamkan, pekan Whittier ini bermula sebagai sebuah pekan lombong emas yang dinamakan sempena penyair bernama John Greenleaf Whittier semenjak tahun 1915. Bahkan pekan ini turut digunakan sebagai pengkalan tentera Amerika Syarikat ketika era perang dunia kedua yang membawa komuniti tentera menjadi penduduk di situ.

Setelah tamat perang dunia kedua, menara setinggi 14 tingkat telah dibangunkan di mana mengandungi 150 buah pangsapuri untuk menempatkan tentera dan penjawat awam. Bangunan ini pada asalnya digelar Bangunan Hodge yang mana kemudiannya ditukar menjadi Menara Begich.
Ini hanyalah pendapat dan kajian yang dilakukan oleh penulis sahaja.
Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah: