Pecah Rekod Strawberi Terberat Di Dunia, Ini Sebab Tak Boleh Makan

Strawberi (289g) yang dihasilkan oleh Chahi Ariel di Israel disimpan sehingga Guinness World Records isytiharkan ia terbesar di dunia.

Sumber: Guinness World Records

Ariel mempunyai ladang strawberi keluarganya di Kadima-Zoran, Israel dan hasil strawberinya jenis Ilan ini telah berjaya memecah rekod strawberi terberat mengalahkan strawberi di Jepun. Jenis llan ini memang sejenis yang boleh tumbuh dengan besar.

Saksi ketika ukur berat, Dr. Nir Dai ada beritahu bahawa ketika itu cuacanya amat sejuk dan merupakan akhir bulan januari dan awal bulan februari iaitu sememangnya musim strawberi.

Strawberi itu tumbuh secara perlahan lebih dari 45 hari yang menyebabkan kebesarannya dan membolehkan ladang keluarga Ariel mempunyai empat saiz strawberi llan yang lebih kurang sama

Sumber: Guinness World Records & Sky News

Peladang Israel itu menerangkan yang sudah selama setahun beliau menyimpan strawberi tersebut di dalam peti sejuk bagi menuggu keputusan dari World Records. Oleh itu, buah tersebut tidaklah secantik kali pertama ia dipetik dan tidak lagi elok untuk dimakan.

Terangnya lagi, buah strawberi ini sudah kecut apabila disimpan lama dan saiz asalnya adalah dua kali ganda besar berbanding sekarang.

Strawberi yang memecah rekod sebelum ini dihasilkan di Fukuoka, Jepun pada tahun 2015 dan berat yang direkod adalah 250g.

Ariel menceritakan bahawa setelah beliau mendapat keputusan strawberinya berjaya memecah rekod tersebut, beliau melompat kegembiraan, ketawa dan juga menyanyi pada waktu itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: