Pada minggu yang lalu, peristiwa banjir besar yang melanda negara telah menjejaskan beberapa buah negeri di Malaysia. Antaranya ialah negeri Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan Perak. Malaysia dianggarkan mengalami lebih daripada RM20 billion kerugian.

Terdapat pelbagai punca terjadinya fenomena banjir antaranya adalah aktiviti pembalakan atau penyahutanan yang disebabkan oleh pembalakan secara besar-besaran di Pahang. Hal ini kerana pokok balak mengambil masa selama 25 tahun untuk mencapai tempoh matang.
Melalui aktiviti pembalakan menyebabkan ketiadaan pokok yang berfungsi untuk menghalang, meresap atau melambatkan air hujan yang turun. Lalu ia telah mengakibatkan air hujan yang turun menjadi air larian permukaan yang mengalir ke dalam sungai membuatkan air sungai menjadi mendap yang seterusnya mengakibatkan banjir.
Selain itu, kerana ketiadaan kawasan tadahan atau takungan air yang disebabkan oleh pembinaan atau pembangunan rumah di kawasan yang rendah yang sering berisiko untuk banjir. Pembinaan rumah di kawasan tanah yang rendah berhampiran dengan sungai berisiko untuk berlakunya banjir kerana air sungai melimpah.
Tambahan pula, jumlah taburan hujan yang turun pada hari Jumaat yang lepas lebih tinggi berbanding taburan hujan bulanan purata sebanyak 200 mm – sesuatu yang disifatkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang sebagai mungkin hanya berlaku sekali dalam tempoh seabad.
Di samping itu, sistem perparitan yang tersumbat akibat pembuangan sampah yang tidak sistematik. Hal ini telah mengakibatkan air bah membanjiri jalan raya.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: