Panjat Dinding Sebelah Tangan, Wanita Berhijab Ini Dapat Rekod Dunia

Wanita berhijab ini berjaya memiliki Rekod Dunia Guinness dengan memanjat dinding pada jarak menegak dengan ketinggian 374.85 meter dalam masa sejam hanya menggunakan sebelah tangan.

Anoushé Husain dilahirkan dalam keadaan hilang lengan sebelah kanan dari bawah siku.

Sumber: Guinness World Records

Walaupun keadaan fizikal Anoushe kurang sempurna, dia tidak pernah patah semangat untuk melakukan sukan yang diminati iaitu sukan memanjat dinding.

Sumber: Guinness World Records

Menurut Anoushe, bahagian paling sukar ketika latihan adalah dia perlu memberi perhatian lebih serta belajar menggunakan bahagian tangan yang bukan dominan iaitu sebelah kiri.

Anoushe menyatakan lengan kanan yang kecilnya itu adalah bahagian dominan ketika melakukan aktiviti memanjat.

Oleh itu, dia perlu belajar menyesuaikan semula keseimbangan dan menghasilkan tenaga untuk menggunakan bahagian paling lemah.

Sumber: Guinness World Records

Anoushé Husain mula melibatkan diri dengan Paraclimbing sekitar 10 tahun yang lalu selepas sembuh daripada penyakit kanser dan masih menangani kesakitan kronik akibat sindrom Ehlers-Danlos.

Menurut Anoushe lagi, sukan memanjat dinding membuatkan dia rasa seperti manusia normal yang mendaki bukan manusia ketidakupayaan.

Sepanjang kehidupan Anoushe, sukan telah menjadi sebahagian besar dalam hidupnya kerana aktiviti sukan membantu dia fokus dan dapat melupakan tekanan kehidupan harian.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: