Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) yang meliputi semua golongan di Malaysia.
Tujuan pakej itu dilaksanakan adalah untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, dalam satu kenyataan di laman akaun Facebooknya berpendapat pakej ini sangat menyeluruh, menepati sasaran dan adil.
Tambah beliau, ia juga sangat bertepatan, strategik dan bersesuaian masa. Beliau turut memuji Perdana Menteri kerana berjaya memimpin dengan baik di saat negara sedang kritikal ini.
Pengumuman pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri adalah sangat bertepatan, strategik dan sesuai…
Posted by Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan on Friday, March 27, 2020
Menerusi petikan daripada Astro Awani, Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga berharap Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) dapat memastikan setiap janji dan inisiatif PRIHATIN ini sampai kepada kumpulan sasar dengan cepat, pantas dan telus.
Penulis juga berharap, PRIHATIN ini dapat meringankan beban rakyat yang terkesan. Namun begitu, janganlah rakyat mendesak kerajaan untuk menyelesaikan semua perkara sekali gus. Perkara yang dilakukan oleh kerajaan ini memerlukan ia secara berperingkat supaya semua orang akan dapat hasilnya.
Tindakan kerajaan memberi wang kepada rakyat juga sedikit sebanyak akan membantu menaikkan ekonomi negara apabila rakyat mula membeli barangan tempatan. Ia satu strategi yang memerlukan semak dan imbang untuk mengelakkan kerugian besar di kemudian hari.