Pahlawan Terhebat Dalam Sejarah Dunia

Sejarah manusia yang berlalu menjadi saksi pelbagai pertempuran, pergelutan dan peperangan yang melanda sesebuah kawasan, daerah, negara, empayar dan sebagainya. Dalam pertempuran ini biasanya para askar yang bertarung nyawa mempertahankan kedaulatan kawasan masing-masing.

Sejarah dunia merekodkan ramai askar atau pahlawan yang berjasa kepada negaranya dan ramai juga yang begitu handal sekali pencapaiannya.

Berikut ialah antara pahlawan-pahlawan terhebat pernah dicatatkan dalam sejarah dunia:

Richard I (The Lion Heart)

Richard I merupakan raja bagi England dari tahun 1189 hinggalah ke tahun 1199. Beliau digelar dengan nama Richard The Lion Heart atas keberaniannya untuk bertempur di medan perang. Dia adalah orang terpenting dalam satu-satu pertempuran yang disertai oleh England.

Malahan kerana kebijaksanaan dan keberanian yang dimiliknya olehnya, England mampu mengembalikan semula beberapa kuasa pemerintahan yang sebelum ini dipegang oleh pihak Cyprus dan juga Turki.

Spartacus

Spartacus adalah salah seorang figura yang paling terkenal di Empayar Roman. Beliau juga merupakan seorang hamba di empayar tersebut dan selalu dijadikan objek untuk pertarungan gladiator yang seringkali dijalankan di Roman.

Namun oleh kerana dia bukan sahaja berani, kuat dan tangkas bertarung malahan dia juga seorang yang bijak, maka dia berjaya mengumpulkan satu pakatan untuk bangkit menentang kerajaan Empayar Roman.

Saladin

Nama yang begitu harum dalam dunia ketenteraan dan peperangan bagi orang-orang Muslim. Saladin dikatakan sebagai salah seorang daripada askar yang paling kuat yang berada dalam Peperangan Salib yang ketiga. Dia sangat dihormati dalam kalangan rakan mahupun lawan sebagai seorang askar yang sangat gagah dari Timur Tengah.

Malahan kerana kemunculan Saladin menyebabkan bandar Jerusalem berjaya dikuasai dalam Perang Salib ketiga itu.

Leftenan Audie Murphy

Leftenan Audie Murphy adalah seorang askar dalam Perang Dunia Kedua bagi mewakili Amerika Syarikat. Malahan beliau adalah salah seorang askar yang paling utama semasa peperangan tersebut.

Jadi, tidak mustahillah jika beliau terlibat dalam banyak misi yang merbahaya yang dijalankan oleh pihak Amerika Syarikat.

Atas keberanian dan kejayaannya dalam perang tersebut, dia telah dianugerahkan dengan bermacam-macam pingat dan penghargaan seperti Distinguished Service Cross, dua Silver Stars, Legion of Merit, dua Bronze Stars dan tiga Purple Hearts selain Legion of Honor French Croix de Guerre.

Miyamoto Musashi

Miyamoto Musashi adalah seorang samurai berpedang dan merupakan seorang paling pakar dalam bidang tersebut yang pernah hidup di Jepun. Sepanjang hidupnya, beliau telah mengajar hampir 60 orang samurai tetapi akhirnya beliau lenyap begitu sahaja.

Julius Caesar

Beliau merupakan seorang jeneral Roman yang paling baik. Beliau sangat bijak dan juga sangat berbahaya. Semasa zaman pemerintahannya, beliau mempunyai pengaruh di kebanyakkan benua Eropah, sebahagian dari Afrika dan sebahagian barat Asia. Malah, beliau juga dikenali sebagai pemimpin diktator di dunia.

Leonidas I

Merupakan raja ke 17 di Sparta dari Dinasti Agiad, beliau adalah salah seorang daripada anak Raja Anaxandridas II dari Sparta yang kononnya dipercayai datang dari keturunan Heracles kerana keberanian dan kekuatan mereka. Namanya menjadi begitu mashyur kerana perjuangannya dalam peperangan Thermopylae.

Hannibal Barca

Hannibal Barca merupakan seorang pemimpin Cartahginian yang cukup terkenal. Salah satu pencapaian terbesarnya ialah Perang Punic di mana beliau membawa gajah-gajah perang yang terdiri daripada pasukan dari Semenanjung Iberia melalui Pyrenees Alps dan Utara Itali. Bila memasuki Itali, beliau telah berjaya menewaskan askar-askar Roman dalam beberapa peperangan termasuklah di Trebia, Trasimene dan Cannae.

Sun Tzu

Beliau adalah salah seorang jeneral yang paling kuat dan paling bijak dalam Empayar Wu. Malah, beliau sangat terkenal di seluruh dunia sehingga ke hari ini kerana kebolehannya dalam menterjemahkan taktik perang. Beliau juga merupakan penulis buku The Art of War di mana ia dijadikan sebagai buku rujukan untuk strategi peperangan dan perniagaan di seluruh dunia.

Alexander The Great

Alexander the Great yang juga dikenali sebagai Alexandre the Great merupakan penakluk bagi negara asal Macedonia. Beliau dikenali sebagai salah seorang pemimpin tentera yang paling bijak dalam sejarah dunia.

Alexander juga dijadikan inspirasi untuk menakluk sepertimana juga Hannibal, Pompey dan juga Caesar dari Rom dan Napoleon. Biarpun dalam waktu pemerintahannya yang singkat, beliau telah berjaya membawa Macedonia sebagai salah satu empayar yang paling besar dalam sejarah.

Penulis :

  • Nur Ain Hanisah Binti Mohd Norzulaidi ialah pelajar Fakulti Filem, Teater, dan Animasi.
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA)UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: