Pada Usia 83 Tahun, Lelaki Jepun Ini Menjadi Pelayar Solo Paling Tua Merentasi Pasifik

Seorang pelayar dari Jepun yang berusia 83 tahun telah pulang ke tanah airnya selepas berjaya menamatkan pelayaran solo tanpa henti yang merentasi lautan pasifik.

Perkara ini telah menjadikan Kenichi Hore sebagai manusia tertua yang mencapai kejayaan tersebut.

Sumber: Jamaica News

Horie tiba di Selat Kii di luar pantai barat Jepun selepas melengkapkan pelayaran merentasi Pasifik yang mengambil masa selama 69 hari.

Kali pertama Horie memulakan pelayarannya adalah pada bulan Mac di pelabuhan kapal layar yang terletak di San Francisco.

Memetik laporan dari JapanToday, kapal layar yang dinaiki Horie menggunakan panel solar untuk keperluan elektrik.

Malah warga emas tersebut menggunakan telefon satelit untuk bercakap dengan kakitangannya atau individu lain yang berada di darat.

Sumber: The Asahi Shimbun

Menurut Kenichi Horie, dia berasa sangat gembira dapat pulang ke rumah tanpa sebarang gangguan yang besar.

Sebelum ini pengembara lautan Jepun itu pernah berlayar dari Nishinomiya ke bandar Pantai Barat dalam tempoh lebih kurang 90 hari tanpa membawa sebarang pasport pada usia 23 tahun.

Pengembara ini juga mempunyai hasrat ingin terus mencabar dirinya dalam dunia pelayaran sehingga mencapai umur 100 tahun.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: