Orang seni selalu disalahertikan oleh masyarakat sejak dahulu lagi sebagai contohnya dalam filem ‘Ibu Mertuaku’ adalah salah satu kritikan secara tidak langsung kepada masyarakat.
Namun demikian, masyarakat masih sukakan hiburan, mendengar muzik dan menonton filem bahkan ada di antara mereka yang sanggup menonton filem cetak rompak.
Sebagai pemuzik yang sedang membina kerjaya, terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh ahli muzik. Antaranya adalah perubahan dalam industri muzik.
Perubahan yang mendadak ini berlaku apabila tiada lagi tawaran kontrak daripada syarikat rakaman dengan mudah dan mereka sudah tidak lagi membina kerjaya dan fanbase pemuzik tersebut.
Zaman kini tidak semudah dahulu kerana persaingan yang wujud. Pada kebiasaannya syarikat rakaman mencari artis yang sudah mempunyai hala tuju atau perancangan masa depan yang jelas.
Selain itu, persaingan daripada artis indie yang wujud ibarat cendawan tumbuh selepas hujan melalui YouTube, Spotify dan sebagainya.
Terdapat lebih 60,000 lagu yang diterbitkan melalui Spotify setiap hari. Mereka kebanyakannya membina nama dan kerjaya melalui media sosial dan mempunyai pengikut yang ramai.
Di samping itu, dalam kalangan masyarakat sendiri masih ada yang memandang rendah kepada kerjaya dalam bidang muzik kerana bagi mereka zaman kegemilangan dalam industri ini tidak mampu bertahan lama.
Desakan keluarga yang tidak menyokong kerjaya ahli muzik ini menyebabkan kebanyakan ahli muzik beralih kepada bidang yang lain setelah menghabiskan 3 hingga 15 tahun dalam industri muzik.
Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: