Mustahil Untuk Ramai Rakyat Malaysia Untuk Mengisi Semula EPF Akaun 1 Sepanjang Hayat Bekerja

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan kebimbangan mereka tentang risiko pengeluaran wang EPF akaun 1 secara besar-besaran ketika pandemik Covid-19.

Hal yang demikian, kerana kemungkinan besar majoriti ahlinya tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua nanti.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata perkara ini bukan hanya akan memudaratkan kehidupan individu sahaja, tetapi juga terhadap landskap sosioekonomi negara dan fiskal kesihatannya juga akan mencabar.

Beliau berkata pada masa ini 48 peratus ahli KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan KWSP pada tahap yang kritikal.

Menurut beliau ini adalah peningkatan 28 peratus ahli KWSP yang mempunyai simpanan yang amat kritikal berbanding sebelum pandemik.

“Dengan jangka hayat rakyat Malaysia pada 75 tahun, dan menjangkakan ahli KWSP mula mengeluarkan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun, simpanan yang ada perlu mencukupi untuk sekurang-kurangnya 20 tahun.”

“Dalam perkara ini, dengan simpanan median kesemua ahli KWSP di bawah 55 tahun berjumlah RM13,000, bermaksud RM54 sebulan untuk tempoh persaraan mereka.” 

Beliau turut berkata simpanan median ahli KWSP pada usia 54 tahun pada RM38,000 pula bermaksud RM159 sebulan untuk tempoh 20 tahun yang akan datang.

Tambahan pula, dalam usaha ahli untuk mendapatkan semula jumlah kehilangan daripada pengeluaran berkaitan Covid-19, mereka perlu bekerja untuk tempoh tambahan empat ke enam tahun.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: