Pada satu hari musim panas pada Januari 1966, Jane, Arnna, dan Grant Beaumont menaiki bas ke Glenelg Beach, Australia yang berdekatan — dan tidak pernah kembali.
Ia merupakan Hari Australia di tahun 1966 apabila tiga orang beradik ni dilaporkan hilang sehingga berpuluh-puluh tahun kemudiannya. Setakat ini, misteri Beaumont ini adalah kes orang hilang yang paling lama berlaku di negara ini.
Dikatakan pada hari kejadian, Jane, 9, membawa kedua-dua adiknya; Arnna, 7, dan Grant, 4, ke Glenelg Beach tanpa diawasi ibu bapa mereka. Pantai berkenaan terletak hanya lima minit jarak perjalanan dan adik-beradik Beaumont ini sentiasa pulang dengan selamat.
Namun, pada tanggal 26 Januari 1966, perkara sebaliknya berlaku.
Ibu bapa dan pihak polis menjalankan misi pencarian bertahun-tahun tetapi tetap tidak dapat menjejaki keberadaan tiga beradik tersebut. Hal ini terus menjadi bualan hangan bagi penduduk negara itu.
Walaupun beberapa saksi tampil memaklumkan mengenai seorang lelaki yang mencurigakan dilihat mendekati kanak-kanak, namun dia tidak pernah dikenali. Lebih dari setengah abad kemudian, kes misteri ini masih belum dapat diselesaikan.

Tiga orang beradik itu sepatutnya tiba di rumah pada jam 2 petang setelah bermain di pantai berkenaan. Bapa mereka, Jim Beaumont pulang daripada kerja pada jam 3 petang dan terus ke pantai itu untuk mencari anak-anaknya.
Jim dan isterinya, Nancy kemudiannya mengetuk beberapa pintu di kawasan kejiranan mereka. Tetap tidak membuahkan hasil, pasangan itu melaporkan anak-anak mereka hilang di Balai Polis Glenelg pada pukul 7:30 malam.
Pada keesokan harinya, ganjaran berjumlah $250 ditawarkan kepada orang ramai untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penemuan anak mereka.
Terdesak untuk menyelesaikan kes ini, polis mengambil inisiatif untuk mengenal pasti dan mengesahkan kesemua klu yang diberikan orang ramai. Akhirnya, tiada kemajuan yang berlaku dalam siasatan dan misteri sekali lagi tidak dapat dirungkai.
Pada akhirnya, kes kehilangan ini masih belum dapat diselesaikan sehingga kini. Nancy Beaumont meninggal dunia di rumah jagaan Adelaide ketika berusia 92 tahun pada 2019. Suaminya, Jim, yang bercerai dengannya kerana trauma pada tahun 1966, masih hidup dan tinggal di Adelaide.
Kehilangan tiga beradik Beaumont kekal sebagai kes hilang yang paling lama berlaku dalam sejarah Australia. Buku, filem, dan podcast jenayah sebenar terus meneroka kes itu. Namun, kebenaran yang menyedihkan adalah bahawa kanak-kanak tersebut sudah lama mati, masih dikurung, atau hidup bebas di luar sana.
Baca artikel-artikel menarik di bawah: