Misteri Dyatlov Pass, Pihak Rusia Mahu Rungkai Kisah 60 Tahun Lalu

misteri-dyatlov-pass-pihak-rusia-mahu-rungkai-kisah-60-tahun-lalu

Mungkin ada yang menonton atau membaca artikel berkaitan dengan Dyatlov Pass iaitu pergunungan Ural di Rusia. Ianya menyimpan satu rahsia yang masih lagi misteri sehingga kini. Bagi yang belum mengetahui, anda boleh baca kisahnya melalui artikel ini.

Sumber: CNN

Pada tahun 1959, kejadian ini berlaku apabila sekumpulan pelajar mendaki kawasan gunung. Kesembilan orang daripada kumpulan pelajar tersebut mempunyai pengalaman dalam mendaki gunung.

Kesemua mereka adalah pelajar dari Institut Politeknik Ural. Kemudian mereka berhenti lalu mendirikan khemah di lereng gunung Kholat Syakhl. Nama kawasan ini membawa maksud gunung kematian dalam bahasa Rusia.

Keadaan suhu yang sejuk hingga cecah paras beku serta salji yang tebal membuatkan mereka mengambil keputusan untuk tinggal di situ buat sementara waktu. Setelah keadaan kembali tenang, kesemua 9 orang tersebut dijumpai dalam keadaan yang mengerikan. Khemah yang didirikan seolah-olah terkoyak. Pada masa yang sama juga, mereka melarikan diri daripada satu benda yang sukar digambarkan.

misteri-dyatlov-pass-pihak-rusia-mahu-rungkai-kisah-60-tahun-lalu
Sumber: Futurity

Pada 26 Februari, kawasan perkhemahan mereka telah dijumpai malah, keadaan yang berlaku di kawasan tersebut menyebabkan penduduk pening kepala. Barangan kumpulan pelajar itu masih lagi utuh serta tidak berusik, seolah-olah mereka lari dan tidak sempat untuk mengambilnya semula. Tapi, ada seorang pendaki yang bernama Semyon Zolotaryov lari dengan memakai baju sejuk dan sempat mengambil kamera miliknya.

Hasil daripada laporan, kesemua mereka mati disebabkan oleh hypothermia iaitu kesejukan melampau. Dua mayat pertama dijumpai dalam keadaan yang mengerikan berdekatan dengan khemah mereka. Cebisan daging salah seorang daripada mereka masih lagi melekat pada dahan pokok.

Igor Dyatlov, ketua kumpulan pendaki, dijumpai tertiarap dengan kedua tangannya menekap dada dengan kuat dan namanya diambil sempena kejadian berkenaan. Lebih mengerikan lagi apabila ada di antara mereka dijumpai mata dirobek dengan ganas oleh sesuatu makhluk. Kesemua mayat yang dijumpai tidak dapat disahkan apa yang berlaku sebenarnya.

Kisah ini sudah menjangkau 60 tahun, namun ia tetap menjadi misteri yang sukar dijawab. Bukan itu sahaja, pelbagai andaian serta teori yang dibuat. Tapi apa perkembangan daripada kes ini?

Pada awal tahun 2019, pihak Rusia telah membuat keputusan untuk membuka kembali fail misteri bagi meneruskan siasatan selain mencari punca sebenar yang berlaku pada kesemua 9 pendaki tersebut. Jurucakap pihak pendakwaraya berkata bahawa mereka perlu mencari punca sebenar untuk mendapatkan bukti yang akan menamatkan kisah misteri ini. Dokumen asal terhadap siasatan kes berkenaan setebal 400 halaman muka surat ditunjukkan kepada wartawan.

Bahkan, mereka juga mendapat bantuan daripada keluarga mangsa dan rakan. Selain itu, mereka akan menggunakan teknologi terkini untuk mengesan sebarang bukti yang mereka tidak dapat lakukan pada ketika itu. Pihak penyiasat pergi ke kawasan tersebut untuk membuat kajian serta mengambil sampel yang mungkin terlepas pandang sejak 60 tahun lalu bagi membantu menyelesaikan misteri yang sukar dijawab.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: