Misteri Black Dahlia Yang Tidak Terungkai

Pada tanggal 15 Januari 1947, di Taman Leimert yang terletak di Los Angeles, California, mayat Elizabeth Short dijumpai. Seorang ibu berjalan bersama-sama dengan anaknya yang berumur dua tahun di taman tersebut terjumpa mayat tersebut yang pada mulanya dianggap sebagai sebuah patung yang terbuang.

Tidak lama kemudian, dia mulai sedar bahawa patung tersebut sebenarnya mayat. Dia menggenggam erat anak perempuannya lalu berlari ke telefon awam berdekatan untuk menghubungi polis.

Tubuh Elizabeth Short dipotong separuh pada pinggangnya dan darahnya kelihatan kering. Mukanya disiat dari hujung mulut hinggalah ke telinganya, di mana orang panggil sebagai Joker Smile dengan rupanya itu.

Oleh sebab seluruh bahagian kulit tidak kelihatan, terdapat beberapa luka dan lebam pada dada dan juga pehanya. Autopsi mendapati bahawa dia telah meninggal dunia akibat luka dan pendarahan di kepalanya.

Hampir 50 lelaki dan wanita telah datang ke Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) untuk mengaku sebagai pembunuh sebaik autopsi tersebut dibuat, di mana ia merumitkan lagi tugas polis untuk mengenal pasti suspek.

Setelah beberapa tahun, polis dapat jumpai beberapa suspek. Namun, tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi mendakwa sesiapa.

Terdapat beberapa hipotesis tentang pembunuhan tersebut dan bagaimana ia boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan lain.

Penyiasat menganggarkan bahawa Elizabeth Short juga telah dibunuh oleh orang yang sama yang pernah terlibat dalam pembunuhan Cleveland Torso. Satu lagi teori yang boleh dipercayai ialah pembunuhan Short berkait dengan kes pembunuhan Lipstick.

Beberapa pihak menganggap bahawa punca utama pembunuhan tersebut tidak terungkai adalah disebabkan campurtangan media dalam kes ini. Polis dan detektif menyatakan bahawa wartawanlah yang merosakkan bukti dan menghalang maklumat dari panggilan yang mereka buat ke pejabat.

Para wartawan pada satu ketika berada di balai LAPD dan dengan bebasnya menjawab telefon yang mungkin membawa kepada bahan penyiasatan dan menyebabkan maklumat tidak kesampaian.

Nama Black Dahlia telah diberi kepada Elizabeth Short sebagai maksud tersirat dari filem terkenal pada masa itu, yang berjudul Blue Dahlia. Media dan wartawanlah yang membuatkan nama tersebut terkenal.

Salah faham yang terbesar pada masa itu ialah di mana kebanyakan penulis menyifatkan Short sebagai call girl. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang terdorong ke arah kenyataan tersebut.

Kes pembunuhan Black Dahlia ini adalah salah satu kes pembunuhan terkenal yang tidak terungkai lagi di dunia.

Beberapa bukti baru telah pun terbongkar setelah bertahun lamanya. Namun, ramai yang masih katakan sebuah pembunuhan tidak akan pernah selesai.

Penulis:

  • Silla Nur Adila Idham adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: