MILLENNIAL, BOOMER? APA ITU GENERASI?
Selepas melihat meme OK Boomer popular di laman sosial, ramai orang termasuk ahli politik tidak memahami terma-terma yang dilafazkan. Pernah sekali saya dilabelkan sebagai ‘boomer‘ hanya kerana memberi pendapat yang tidak seiring dengan orang muda, tetapi ramai sekali yang tidak tahu dari mana datangnya terma ini.

Sebagai seorang yang lahir pada tahun 1984 misalnya, saya dilabel sebagai golongan generasi millennials.
Pun begitu selepas saya menonton sebuah dokumentari berjudul “Generation X”, saya merasakan kadang-kadang (tapi bukan selalu) bahawa saya lebih dekat dengan Gen X berbanding millennials yang sering dilabelkan dalam Internet.
Label-label ini sebenarnya tak membawa apa maksud, dan ia hanya sebuah generalisasi terhadap satu generasi yang lahir pada sekelompok tahun yang tertentu.
Antara generasi-generasi yang ada adalah:
The Lost Generation
– The Lost Generation, mereka yang lahir sekitar tahun 1883-1901, iaitu generasi yang menjadi remaja/mula dewasa pada Perang Dunia Pertama (1914-1918). Pada masa kini, generasi ini semuanya telah mati. Orang terakhir yang tinggal dalam generasi ini, iaitu Nabi Tajima (1900-2018), dari Jepun. Mereka membesar dengan muzik irama jazz, ragbeat dan blues.

Contoh: Onn Jaafar (1895)
The GI Generation
– The GI Generation, atau The Greatest Generation. Kenapa mereka the greatest? Sebab mereka menghadapi dua malapetaka paling hebat di bumi pada abad ke-20 iaitu Great Depression dan Perang Dunia Kedua. Mereka ini lahir dari 1901-1924.
Di zaman mereka menjadi dewasa juga ada banyak teknologi yang berkembang terutamanya selepas Perang Dunia Kedua.
Mereka adalah golongan yang membangunkan dunia selepas dua bencana ini. Selalunya mereka bersikap konservatif, dan buat kerja bukan kerana nama, tapi kerana ia perlu dilakukan demi keamanan sejagat. Muzik yang popular ketika ini ialah swing, mambo, dan crooner.

Contoh: Tunku Abdul Rahman (1903)
The Silent Generation
– The Silent Generation, atau The Lucky Few, adalah mereka yang lahir di zaman Great Depression dan Perang Dunia Kedua.
Mereka ini lahir pada 1925-1945. Semasa mereka berusia kanak-kanak, mereka hidup dalam kesengsaraan perang, dan bila remaja dan dewasa, mereka dibayangi ketakutan Perang Nuklear AS-Soviet Union dalam zaman Perang Dingin.
Gerakan anti-komunisme sangat kuat ketika ini, dan mereka digelar “silent generation” kerana walaupun ada ramai di kalangan mereka yang jadi aktivis hak asasi manusia seperti Martin Luther King Jr dan Jimi Hendrix, tapi majoritinya memilih untuk “senyap” dan tidak melawan kerajaan, kerana pekerjaan selepas perang sukar untuk diperolehi.
Walaupun pada ketika ini muzik jazz, doo wop dan soul agak kuat, tetapi di pertengahan 1950an muzik rock and roll menguasai pop culture.

Contoh: Mahathir Mohamad (1925)
Babyboomers
– Babyboomers adalah generasi yang lahir pada era kemakmuran ekonomi dunia yang berlangsung dari 1950an hingga penghujung 1960an. Mereka dipanggil ‘babyboomers‘ kerana pada zaman mereka dilahirkan, pertumbuhan penduduk berada di peringkat tertinggi.
Pada masa ini, ekonomi menjadi makmur, inovasi dan rekacipta selepas perang mula masuk ke pasaran awam, dan dikatakan generasi yang lahir dalam kelompok middle class terbesar dalam sejarah manusia. Capitalism at its finest.
Generasi ini dilihat sebagai spoil brat, manja dan pentingkan diri sendiri, tapi karekteristik mereka pada awalnya agak idealistik semasa zaman Perang Vietnam, mereka berdemonstrasi menentang Presiden Nixon, dan mereka mencetuskan budaya hippies.
Mereka juga mencetuskan pop culture paling cool. Muzik seperti rock steady, ska, pop yeh yeh, psychedelic rock semua berasal dari generasi ini. Mereka ini lahir pada tahun 1946-1964.

Contoh: Najib Razak (1953), Anwar Ibrahim (1947)
– Generation X
Generation X adalah generasi yang menyaksikan kadar penurunan pertumbuhan penduduk dunia sekitar pertengahan 1960an apabila pil perancang keluarga sudah mula berada di pasaran. Ingat tak lawak P. Ramlee dalam Tiga Abdul tentang ‘family planning‘? Ya, zaman tu dah main morning after dah.
Mereka pada asalnya dipanggil “Babybust” kerana penurunan kadar kelahiran itu, tetapi digantikan dengan “Gen X” atas sebab hanya pakar sosiologi yang tahu.
Gen X adalah generasi pasca perindustrian di Barat, tetapi di Malaysia adalah zaman permulaan perindustrian. Kebanyakan dari Gen X ini adalah generasi DEB di Malaysia. Pada masa ini pertumbuhan ekonomi di negara seperti Malaysia sedang pesat meningkat, tetapi di Barat sedang merudum.
Akibatnya Gen X di Barat lebih murung daripada Gen X di Timur seperti Malaysia. Pada zaman mereka, muzik memberontak seperti punk, grunge, hardcore, hiphop dan metal disamping penciptaan teknologi synthesizer yang mencipta muzik seperti Krautrock dan electronica.
Golongan Gen X ini adalah mereka yang lahir dari tahun 1965-1980.

Contoh: Khairy Jamaluddin (1976)
Millennials
– Millennials adalah generasi yang dilahirkan dari 1981-1995. Mereka dipanggil ‘millennials‘ kerana mereka membesar dan menjadi remaja di penghujung alaf (millennium). Mereka adalah generasi terakhir yang merasa dunia tanpa internet.
Golongan millennials sering dikaitkan dengan sikap-sikap yang ada pada babyboomers kerana mereka dilahirkan pada zaman kemakmuran ekonomi dunia pasca Perang Dingin. Mereka juga lebih optimistik daripada Gen X, kecuali millennials yang lahir pada awal yang merasakan lain dengan millennials yang lebih muda (rata-rata yang lahir 1981-1986 rasa macam tu).
Prospek masa depan mereka hancur selepas Krisis Ekonomi Global pada 2008/09, seterusnya menyaksikan peluang mereka mendapatkan kerja lebih sukar dengan kadar inflasi yang tinggi. Jurang pendapatan juga tinggi pada zaman mereka mula mencari kerja.
Kejadian September 11 dan Krisis Ekonomi Global menyaksikan mereka menghadapi krisis paling teruk sejak apa yang dihadapi oleh GI Generation.
Pada zaman mereka, antara pop culture yang meningkat ialah grunge (kongsi dengan Gen X), rap metal, post rock, trip hop, boy band, emo, hiphop, dan EDM (electronic dance music) seperti DJ Tiesto dan Chemical Brothers.

Contoh: Syed Saddiq (1992)
– Generation Z
Mereka juga digelar iGen atau Digital Native kerana mereka adalah generasi pertama yang lahir tanpa memori dalam hidup mereka tanpa internet dalam hidup mereka. Mereka ini lahir pada tahun 1996-2010, dan mereka tidak ada ingatan yang kuat terhadap September 11, atau membesar pada krisis ekonomi global. Pop culture pada zaman mereka ialah K-Pop, hiphop, raver dan penyanyi-penyanyi yang lahir dari realiti TV. Rock pula sudah dianggap ‘klasik‘ dan punk untuk orang tua.
Pun begitu ada juga dari kalangan mereka yang mahu mengelak daripada muzik mainstream dan mereka ke arah synth rock, indie rock, dreampop dan pengaruh daripada mak ayah mereka yang Gen X, mula layan balik shoegaze macam Ride dan My Bloody Valentine.
Generation Alpha
– Gen Alpha adalah generasi yang sedang lahir sekarang, dan lahir sepenuhnya di abad ke-21. Tunggulah generasi ni membesar untuk kita tahu apa trend mereka cipta.
Tapi ini sebenarnya lebih kepada penerangan untuk generasi-generasi di Barat, khususnya di Amerika Syarikat. Macam aku cakap, setiap generasi tak semestinya sama di negara lain.
sambungan seterusnya (Generasi-Generasi Di Malaysia)