
Semua orang sedia maklum dengan jenama Maggi kan. Mi segera yang dikatakan hanya ambil masa 2 minit untuk dimasak. Mungkin ramai yang ingat maggi hanyalah mi segera. Namun, sebenarnya Maggi ini ialah nama pengasas syarikat tersebut.
Julius Michael Johannes Maggi yang dilahirkan pada 9 Oktober 1846. Dia merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Switzerland. Maggi pada ketika itu hanyalah sebuah syarikat yang mengeluarkan tepung gandum.
Pada masa yang sama, Julius Maggi melihat keadaan semasa yang berlaku dan mula berfikir sejenak.Dia mendapati bahawa kaum wanita menggunakan masa yang lama dalam menyediakan makanan untuk keluarga mereka. Bermula dari situ, tercetus idea Julius Maggi untuk menghasilkan makanan yang bermutu tinggi dan cepat untuk dimasak. Kemudian, dia bekerjasama dengan seorang pakar yang bernama Fridolin Schuler.
Dikatakan Julius Maggi mempunyai konsep untuk meningkatkan mutu makanan bagi golongan pekerja. Melalui bantuan Julius Maggi, mereka telah mengeluarkan produk kekacang pada tahun 1884. Namun begitu, produk tersebut tidak mendapat sambutan orang ramai. Walaupun tidak mendapat sambutan, namun mereka tidak berputus asa. Selepas 2 tahun, mereka berdua mengeluarkan produk sup kekacang segera.
Pada ketika itu, usaha mereka mendapat perhatian dari kerajaan Switzerland. Pihak kerajaan juga menyokong penuh projek yang dilaksanakan. Dari sinilah lahirnya produk sup kekacang bagi membantu para wanita menyiapkan makanan dengan segera untuk keluarga.Kemudian, Maggi mengeluarkan beberapa sup. Tambahan pula, sos yang dijadikan sebagai penambah selera dalam masakan. Kejayaan itu telah membawa Maggi ke peringkat antarabangsa.
Pada 1888, syarikat Maggi telah membuka beberapa cawangan di Amerika, Itali, Perancis, US dan UK. Nestle kemudiannya, membeli syarikat Maggi pada tahun 1947. Kedua syarikat yang berasal dari Switzerland ini berkembang pesat dalam industri makanan. Pada ketika itu, ia menjadi sebuah keutamaan bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana disebabkan kekurangan zat makanan.
Pada tahun 1912, Julius Maggi meninggal disebabkan oleh strok. Dia telah berkahwin sebanyak 2 kali dan mempunyai 4 anak perempuan serta 2 anak lelaki.
Jasa Maggi sangat besar bagi golongan pekerja ketika itu. Kini, Maggi telah menjadi satu jenama yang tidak asing bagi ramai orang. Pelbagai produk keluaran Maggi bermula dari mi segera sehingga lah perencah makanan.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: