Seorang profesor Jepun telah menghasilkan satu prototaip skrin TV yang boleh dijilat mampu meniru pelbagai rasa makanan.
Peranti ini digelar sebagai Taste-the-TV (TTTV) yang dicipta oleh Homei Miyashita, seorang profesor di Universiti Meiji.
Sepuluh kanister perisa digunakan dalam kombinasi untuk mencipta rasa makanan tertentu. Sampel perisa kemudian disembur pada filem bersih di atas skrin TV rata untuk penonton mencubanya.
“Dalam era COVID-19, teknologi jenis ini dapat meningkatkan cara orang ramai berhubung dan berinteraksi dengan dunia luar.
Matlamatnya adalah untuk membolehkan orang ramai mendapat pengalaman seperti makan di restoran seberang dunia walaupun berada di rumah,” kata professor tersebut.
Miyashita bekerja secara berkumpulan bersama kira-kira 30 pelajarnya. Mereka telah menghasilkan pelbagai peranti berkaitan perisa termasuklah garpu yang menjadikan rasa makanan lebih kaya dengan perasa.
Pembinaan sendiri prototaip TTTV ini memakan masa sepanjang tahun lalu. Sekiranya dipromosikan secara komersial, ianya akan menelan kos kira-kira 100,000 yen ($875) untuk dibuat.
Selain itu, Miyashita juga telah berbincang dengan beberapa syarikat mengenai penggunaan teknologi semburannya untuk aplikasi seperti peranti yang boleh menggunakan rasa piza atau coklat pada sekeping roti bakar.
Harapannya agar hasil ciptaan ini mampu dijadikan sebagai satu platform di mana semua rasa makanan dari seluruh dunia boleh dimuat turun dan dinikmati oleh pengguna sama seperti keberadaan muzik sekarang.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: