Mengemis Tapi Kaya, 3 Pengemis Terkaya Di Dunia

mengemis

Tiada apa yang mustahil di dunia ini, begitulah kisah bagaimana kisah menarik beberapa pengemis ini menjadi kaya-raya.

Ramai tidak tahu bahawa ‘pekerjaan’ sebagai seorang pengemis sebenarnya mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan. Dala artikel ini, kami kongsikan tiga pengemis paling kaya di dunia.

1. Eisha (Arab Saudi)

Seorang wanita tua dan buta yang mencecah usia 100 tahun gemar mengemis di tepi jalanan sekitar Arab Saudi.

Dengan keadaannya yang uzur telah mengundang banyak simpati sekaligus menarik warga kota untuk menghulurkan bantuan kepadanya.

Seperti yang dilaporkan ketika Eisha meninggal dunia, rakannya mendedahkan butiran harta bernilai $10,66,580 (RM11.8 juta) yang dimiliki Eisha.

Dalam wasiatnya, dia juga telah menyatakan mahu meangihkan hartanya kepada orang miskin.

2. Simon Wright (England)

Sumber: mStar

Selama 3 tahun, pengemis ini setiap hari duduk di kaki lima Jalan Putney High London. Berpakaian lusuh dengan tulisan pada tangan ‘homeless and hungry‘.

Diceritakan pada suatu hari seorang polis konstabel dikenali sebagai Oliver melihat Simon yang serba kekurangan itu. Dengan penuh rasa simpati, dia berhasrat untuk membantunya.

Namun segalanya terbongkar apabila Oliver memutuskan untuk mengikuti pengemis itu ke kawasan rumah yang didiaminya iaitu sebuah rumah flat mewah berhampiran Fulham bernilai £300,000 (RM1.4 juta).

3. Bharat Jain (India)

Sumber: STORYPICK

Bharat Jain adalah seorang lelaki yang memperoleh kekayaan dengan hanya mengemis sepanjang hidupnya. 

Pengemis jutawan terkaya di dunia ini dengan memperoleh kira-kira AS$1,000 (RM4,166) hingga AS$2,000 (RM8,332) sehari.

Jika dibandingkan dengan pendapatan purata orang bekerja di sana, ianya mencecah tiga kali ganda lebih banyak.

Memiliki dua buah pangsapuri di kawasan paling mewah sekitar Mumbai, Bharat Jain.

Selepas orang ramai mengetahui kisah kekayaannya, Bharat kini seakan seorang selebriti yang sering dilihat mengemis di sekitar Mumbai.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: