Menarik! Ini 4 ‘Shopping List’ Kuno Sebelum Zaman Penggunaan Kertas

4 shopping list kuno

Penemuan artifak zaman purba telah membuktikan bahawa kehidupan orang zaman dahulu sebenarnya tidak jauh berbeza dengan kita. Siapa sangka mereka juga mempunyai shopping list sebelum zaman penggunaan kertas!

Jika zaman kini kita menggunakan teknologi moden untuk membuat senarai membeli-belah, berikut adalah 4 buah shopping list yang ditemui seawal 4,000 tahun lalu.

Senarai Membeli-Belah Mesopotamia, Timur Tengah, 2,000 SM

Sumber: HistoryofInformation.com

Seperti yang kita tahu zaman Mesopotamia menggunakan sistem tulisan Cuneiform dan merupakan sistem tulisan tertua di dunia.

Tulisan tersebut ditulis menggunakan ‘pen’ pengukir dan diukir pada kepingan tablet tanah liat. Malah, apa yang menarik adalah pada zaman ini, mereka suka merekodkan apa-apa sahaja pada tablet tersebut.

Hal ini termasuk juga senarai membeli-belah dan resipi, sekaligus memberi gambaran kepada kita mengenai kerajaan zaman dahulu.

Dalam tablet ini, pengkaji dari New York University’s Institute mendapati ianya merupakan senarai untuk memasak sejenis masakan rebusan dan mereka telah cuba memasaknya!

Anda boleh melihatnya di sini.

Senarai Barangan Tentera, Israel, 600 SM

Sumber: Vesmir

Para arkeologi telah menemui kepingan timbikar dengan tulisan berdakwat padanya di dalam kubu lama orang Judea.

Tulisan yang terdapat padanya merupakan sebuah arahan dari pegawai tentera untuk mendapatkan barangan keperluan bagi tentera-tentera di situ.

Salah satu arahan yang dicatat adalah:

“Kepada Eliashib: Sekarang, berikan Kittiyim 3 mandian wain, dan tuliskan nama hari ini,

Dan pemilik wain, bawakannya esok; jangan lewat. Kalau ada cuka, berikan kepada mereka.”

Apa yang menarik adalah tulisan ini membenarkan ahli arkeologi untuk menentukan bilakah kitab Taurat dan Perjanjian Pertama Kristian ditulis.

Hal ini kerana, terdahulu para penyelidik berpendapat orang pada zaman tersebut tidak pandai menulis.

Senarai Membeli-belah Rom, United Kingdom (UK), Abad Pertama Masihi

Sumber: Roman Inscription of Britain

Seperti Tembok Besar China, empayar Rom mempunyai sebuah tembok besar yang dipanggil Tembok Hadrian yang dibina atas arahan Maharaja Hadrian.

Mereka membina tembok tersebut bagi menghalang pencerobohan orang Picts, iaitu salah satu kaum asal Scotland yang mahir berperang.

Ahli arkeologi telah menemui ratusan surat dan dokumen di kubu Vindolandia yang terletak  135km dalam kawasan tembok tersebut.

Orang Rom Kuno menulis surat dan dokumen ini atas sekeping kayu nipis. Walaupun kini tulisan-tulisan tersebut semakin pudar, saintis menggunakan teknologi infra-merah untuk mendedahkan tulisannya.

Didapati, senarai yang tercatat pada Tablet 302 ini mengandungi senarai barang hamba-hamba harus beli.

”… kacang lebam, dua modii (ukuran timbangan kering Rom), ayam, dua puluh, seratus epal, kalau kamu boleh cari yang baik punya. 

Seratus atau dua ratus telur, jika mereka jual pada harga yang berpatutan. … 8 sextarii (ukuran liter Rom) sos ikan, sedikit buah zaitun.”

Senarai Membeli-belah Novgorod, Rusia , Abad Ke-14 Masihi

Sumber: The New York Times

Novgorod merupakan salah satu kerajaan Rusia Kuno yang berpengaruh. Di sini, para penyelidik telah menemui cebisan pokok kayu Birch.

Di cebisan pokok kayu tersebut, tercatat tulisan yang terpelihara dalam lumpur dari zaman kerajaan berkenaan.

Tulisan tersebut sebenarnya adalah senarai barang beli-belah yang ditulis seorang ayah dan diberikan kepada anaknya.

“Hantarkan saya baju, tuala, seluar panjang, tali kuda, dan, untuk adik perempuan saya, hantarkan kain fabrik.”

Disamping itu, si ayah juga menulis di perenggan akhir dengan nada lawak:

“Kalau saya hidup lagi, saya akan bayar.”

Oh those Russians.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: