Di sebuah kawasan pergunungan di Madagascar, terdapat kumpulan etnik suku Merina yang terkenal dengan tradisi menggali semula mayat nenek moyang mereka untuk menari bersama si mati.
Ritual yang sakral yang lebih dikenali sebagai Famidihana ini sering diadakan pada setiap lima hingga tujuh tahun dan beberapa orang ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia akan dikeluarkan dari kubur mereka.
Ahli keluarga yang masih hidup akan membuka semula kain yang menutupi badan si mayat dan menggantikannya dengan kain sutera yang baru.
Upacara itu dimulakan dengan para tetamu minum, berbual serta menari bersama mayat saudara mara dan nenek moyang mereka.
Sebelum matahari terbenam, mayat-mayat tersebut dipulangkan semula ke dalam kubur masing-masing kerana mereka mempercayai bahawa matahari adalah sumber tenaga utama mereka.
Tubuh mayat tersebut akan dikuburkan bersama hadiah-hadiah berbentuk wang atau alkohol dan kemudiannya diletakkan dalam keadaan terbalik untuk menutup kitaran hidup dan mati.
Orang Malagasy mempercayai bahawa nenek moyang mereka merupakan pengantara bagi yang hidup dengan Tuhan dan berupaya untuk campur tangan dan menghadiri acara yang ada di dunia.
Kebanyakan kumpulan etnik di Madasgascar mengamalkan amalan Kristian yang dicampurkan dengan kepercayaan tradisional dan mereka tidak mempercayai kewujudan syurga dan neraka.
Bagi mereka, apabila rangka tulang si mati telah terurai, mereka akan dibawa ke kehidupan yang baru.
Si mati dianggap masih belum berpindah ke kehidupan yang lain selagi rangka tulang mereka masih belum terurai sepenuhnya.
Kebanyakan ahli keluarga akan menghabiskan duit mereka untuk batu nisan dan perayaan tersebut lebih daripada keperluan rumah mereka kerana ianya melambangkan identiti mereka.
Ritual tersebut kebiasaannya berakhir sebelum malam menjelang kerana suku Merina takut akan tenaga negatif dan kuasa-kuasa jahat yang dibawa oleh malam.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: