Sesebuah restoran kebiasaannya akan menyediakan menu yang lengkap dengan nama hidangan dan gambar. Kadang-kadang ada juga kedai makan yang siap letak huraian hidangan lagi di bawah menu.
Namun, berlainan pula dengan sebuah restoran di Bangkok, Thailand ini yang hanya meletakkan emoji sahaja dalam menunya.
Seorang chef bernama Gaggan Anand merupakan pencetus idea kreatif di sebalik penggunaan emoji ini dan telah memenangi anugerah Michelin.

Beliau menggambarkan hidangan ciptaannya sebagai masakan India progresif di restoran yang diberi nama “Ganggan”. Restoran ini menyediakan menu berkonsepkan minimalis tetapi makanan yang disediakan kelihatan indah belaka.
Pada tahun 2017, restoran ini telah memenangi anugerah 50 Restoran Terbaik Asia buat kali ketiga berturut-turut. Tidak hairanlah kenapa pelanggan sanggup bayar 4,000 baht (RM509) untuk menikmati puluhan hidangan kecil di sini. Memang satu pengalaman yang eksklusif dan unik sekali.
Antara menu kreatif hasil air tangan chef Gaggan termasuklah kekacang yang dibungkus menggunakan “plastik” yang diperbuat daripada kertas tepung ini.

Selain meneka menu berdasarkan emoji, hidangan yang keluar dari dapur chef Gaggan juga boleh memperdaya mata yang melihat.
Sebagai contoh, hidangan chutney dari India yang dibuat dalam bentuk hotdog dan wafer ini yang dihidangkan atas jagung tetapi sebenarnya mempunyai rasa lemon.

Kebanyakan hidangan di sini walaupun berkonsepkan menu kreatif India, namun ia juga mempunyai gabungan Jepun dan Perancis.
Pelanggan rata-rata amat menyukai pengalaman makan di restoran ini dan berkata ia merupakan salah satu kenangan gastronomi yang tidak dapat dilupakan sehingga akhir hayat.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: