Memahami “Pelan Keamanan Trump” Dalam Isu Israel-Palestin

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membentangkan satu rancangan yang memberi ‘jalan penyelesaian’ dalam isu Israel-Palestin pada Januari lalu, namun ia masih dilihat sukar.

Dirancang oleh anak menantunya, Jared Kushner, pelan ini mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat, bagaimanapun negara tersebut dilarang mempunyai t3ntera.

Pelan tersebut, dinamakan “Peace To Prosperity” itu berdasarkan sempadan Israel-Palestin yang dipersetujui sejak P3rang Enam Hari 1967, dengan mempunyai terowong yang menghubungkan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Pelan ini dirancang sejak 2017 oleh Kushner, bersama ketua perunding, Jason Greenblatt, naib penasihat keselamatan Amerika Syarikat, Dina Powell dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Israel, David Friedman.

Pada Februari 2019, Kushner dan penasihatnya telah berkunjung ke negara-negara Teluk seperti Oman, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar untuk membincangkan tentang pelan ini.

Dan pada Jun 2019, di Manama, Bahrain, persidangan “Peace For Prosperity” telah diadakan, namun pihak Palestin memb0ikot sidang tersebut, kerana menganggap sidang tersebut sebagai “berat sebelah”.

Dalam persidangan tersebut, Kushner menggariskan beberapa syarat yang dikemukakan kepada Palestin jika mahu diiktiraf sebagai sebuah negara.

Antara syarat tersebut ialah:

  1. Melucutkan senjata dari pihak Palestin, sama ada dari pihak Fatah, Hamas, atau segala pergerakan j1had di wilayah mereka.
  2. Mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang berdaulat.
  3. Tidak menyertai mana-mana pertubuhan antarabangsa tanpa perbincangan dengan Israel.
  4. Tidak mengambil tindakan terhadap Israel, Amerika Syarikat atau negara-negara Eropah atas apa-apa yang berlaku sebelum ini.
  5. Tidak mengambil tindakan pada mana-mana warga Israel atau Amerika Syarikat ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan INTERPOL.
  6. Membatalkan program “pembayaran j1had” kepada keluarga kepada mereka yang terlibat dalam s3rangan berani m4ti ke Israel.

Bagaimanapun ramai yang menganggap syarat ini membuatkan Palestin seperti ‘negara boneka Israel’ dan tidak berdaulat, terutamanya syarat yang ketiga kerana terpaksa meminta kebenaran dari Israel untuk mengadakan hubungan luar.

Israel berpendapat dengan cara ini, Palestin hanya memfokuskan kepada pembangunan ekonomi dan tidak perlu berperang kerana dalam hal pertahanan akan dijaga oleh pihak mereka.

Pelan itu juga menyebabkan Israel akan menyerahkan tanah yang mereka ambil alih dari Palestin dalam P3rang Yom Kippur 1973, namun kawasan di tebing Sungai Jordan akan dikuasai Israel.

Kawasan lembah tersebut, seluas 80,000 hektar tanah yang subur, akan digunakan Israel sebagai keselamatan mereka terutamanya dalam hal bekalan air bersih ke negaranya.

Sementara itu, Palestin akan mendirikan ibu negaranya di kawasan Baitulmuqadis Timur, sementara Israel di sebelah Barat, sementara di kawasan kota lamanya akan dikongsi kedua-dua belah pihak.

Menurut pelan Trump ini, jika dipersetujui, kerajaan Amerika Syarikat bersetuju untuk melaburkan sebanyak $50 billion (RM207 billion) terhadap infrastruktur, terutamanya di kawasan Tebing Barat dan Gaza.

Ini termasuk cadangan membina terowong antara Tebing Barat dan Gaza untuk memudahkan penduduk Palestin berulang alik tanpa melalui checkpoint t3ntera Israel.

Palestin juga akan dirancang untuk membina pusat perindustrian barunya di kawasan yang berhampiran dengan sempadan Mesir, dengan perumahan dan pertanian yang berteknologi tinggi.

Dalam isu ini jelas sekali Trump memberi pilihan kepada rakyat Palestin “mahu kemajuan ekonomi” atau “teruskan berp3rang”. Pun begitu ramai dari warga Israel juga tidak bersetuju dengan pelan ini, kerana ia tidak merujuk kepada sejarah Yahudi di kawasan tersebut.

Liga Arab menolak cadangan ini kerana ia tidak membawa proses keamanan yang dirancang, sementara Turki menolak cadangan ini kerana ia “meramp4s tanah orang Palestin”.

Bagi orang Kristian pula, reaksi mereka bercampur. Gereja Koptik dan Kristian di negara-negara Arab menolak perkara tersebut, sebaliknya Gereja Evangelikan pula bersetuju.

Dalam hal ini, Donald Trump hanya mahukan pengundi Evangelikan untuk menyokongnya dalam pilihanraya presiden tahun ini, dan tidak mempedulikan pendapat orang lain, terutamanya yang tinggal di kawasan tersebut.