Kalau kita asyik baca media yang pro-establishment seperti The New York Times, atau Washington Post, semuanya macam nak puku1 canang, p3rang dunia ke-3 seolah-olah tidak dapat dielakkan apabila s3rangan udara tent3ra Amerika Syarikat di Baghdad mengakibatkan kem4tian jeneral tertinggi Iran, Qasem Soleimani.
Ramai yang bercerita tentang bendera merah yang dikibarkan di Masjid Jamkaran, dan ramai yang mula bercakap seolah-olah p3rang akan berlaku esok hari. Tapi pelik pula boleh tenang belek Facebook dan Twitter.
Seperti yang ditulis oleh Ayman Rashdan Wong dari segi geopolitik mengatakan yang p3rang dunia takkan berlaku, tulisan kali ini lebih nak memfokuskan kepada kedudukan geografi serta menulis secara khusus apa “worst case scenario” sekalipun.
Geografi Iran Yang Bergunung-Ganang

Dalam 500 tahun sejarah Iran, sempadan negaranya tidak pernah berubah. Bahkan dari zaman Archaemenid ke zaman Empayar Zajar, ketamadunan Parsi berkisar sekitar kawasan ini. Alexander The Great berjaya men3mbusi tamadun ini untuk ke India, selain itu tak banyak kuasa asing yang mampu menguasai kawasan ini.
Dan kalau berlakupun penakluk4n seperti pada zaman s3rangan Anglo-Soviet pada Per4ng Dunia Kedua, itupun untuk sementara waktu.
Kedudukan geografi Iran yang mempunyai tiga banjaran gunung utama, Zagros, Elborz dan pergunungan Armenia yang bersempadan dengan wilayah Kaukasia.
Di tengah pula ada gurun Kavir dan Luth, dan di sebelah baratnya ialah Teluk Parsi dan Laut Arab.
Kedudukan ibu negara, di Tehran, iaitu di antara lembah Karaj dan lembah Qom, menunjukkan pemilihan ibu negara tersebut lebih bersifat pertahanan berbanding perdagangan.
Kedudukan di Laut Kaspia juga dikuasai oleh tent3ra laut Rusia, menyebabkan Amerika Syarikat tak mungkin mahu melibatkan kuasa besar yang lain.
Pun begitu apa yang menyebabkan kedudukan geografi Iran ini sangat penting kepada ekonomi dunia ialah Selat Hormuz, iaitu selat yang terletak di antara Laut Arab dan Teluk Parsi.

Bandar Abbas, iaitu bandar pelabuhan Iran yang berdepan dengan Selat Hormuz itu, adalah bandar ketent3raan paling penting buat Iran. Ini kerana setiap hari, sebanyak 14 buah kapal yang membawa petroleum 17 juta tong sehari melalui selat ini menuju ke Asia. Jika Iran bertindak menutup selat ini, kerugian besar buat negara seperti China, Korea Selatan dan Jepun kerana inilah sumber petroleum mereka yang paling besar.
Apa yang berlaku pada malam tahun baru, apabila Ka’taib Hezb0llah meny3rang kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad, Presiden Donald Trump bertindak cergas dengan membalas s3rangan tersebut dengan s3rangan drone, mengakibatkan kem4tian Soleimani.
Media Barat, khususnya media pro-Demokrat, pro-Hillary Clinton, pro–establishment seperti The New York Times, CNN, CNBC, Wall Street Journal, atau kita dengar talking heads seperti Rachel Maddow, Don Lemon mahupun Ezra Klein di Vox, mereka ini cuma pak turut kepada establishment yang mahu menj4tuhkan Donald Trump, kerana beliau seorang n4sionalis.
Kalau kita dengar sumber berita dari mereka ni, memanglah kita akan menggelabah macam confirm p3rang akan berlaku. Padahal pakar geopolitik dah rasa benda ni takkan berlaku. Tapi apa kemungkinan akan berlaku?
Apa yang akan berlaku ialah persaingan antara Iran dan Arab Saudi dalam penguasaan dominasi di Asia Barat. Apa yang berlaku sebenarnya ialah P3rang Dingin Asia Barat antara dua negara ini.
Arab Saudi mendominasi dunia Islam kerana selain kedudukan Makkah dan Madinah terletak di wilayahnya, Arab Saudi juga memegang sektarian Sunni Islam, fahaman yang terbesar. Wahabbi, fahaman yang paling puritan dalam semua fahaman dalam Islam, merupakan fahaman di sebelah sektarian Sunni.
Sementara itu di sebelah Iran pula ialah sektarian Syiah, yang merupakan lebih kurang 20% daripada jumlah penduduk Islam. Iran, sejak 1979 mahu menyebarkan fahaman R3volusinya, dan Arab Saudi, mempertahankan dari ide0logi Iran ini tersebar ke seluruh Asia Barat dan Afrika Utara.
Etnik Penduduk Iran

Terdapat lebih daripada 50 kaum di Iran, dengan Parsi merupakan kaum yang terbesar di negara ini. Selain itu, terdapat kaum seperti Azeri, Lurs, Kurds, Baloch, Turkmen, Talishi, Mazani, Gilaks dan Arab serta kaum-kaum kecil yang lain yang tidak berpuas hati dengan ketuanan Parsi di Iran.
Wilayah Kuzhestan di sempadan Iran-Iraq merupakan wilayah yang paling banyak menghasilkan petroleum, bagaimanapun kebanyakan penduduknya merupakan kaum Arab, dan Tehran cukup bimbang dengan pember0ntakan di sana.
Di selatan, pember0ntak Baloch untuk kemerdekaan Balochistan sedang rancak, sementara gerakan milit1a di Kurds juga membimbangkan kerajaan di Tehran.
Apa yang Donald Trump perlu buat bukanlah menghantar t3ntera ke Iran dan s3rang negara tersebut, tapi cuma melag4-lag4kan antara kaum-kaum ini untuk menuntut kemerdekaan dan menggerakkan pember0ntakan kaum untuk melemahkan kerajaan di Tehran, itu sahaja. Dan yang ini cuma perlu hantar agen perisik sahaja.
Lagipun perkara itu pun sudah dilakukan oleh agensi perisikan Arab Saudi dan Pakistan di Balochistan, jadi paling-paling pun, CIA cuma beri khidmat nasihat, sudahlah.
Kalau nak kata motif Amerika Syarikat ni nak ambil minyak, sebenarnya sejak 2016 sejak ‘shale revolution‘ di Dakota Utara hingga ke Texas, Amerika Syarikat sudah semakin ‘tak hairan’ pun dengan minyak di Asia Barat.
Dah ada petroleum di negara sendiri, buat apa nak pergi jauh-jauh, betul tak?
Tujuan Amerika Syarikat cuma satu, supaya Iran kembali ke meja rundingan untuk tidak melancarkan p3rang proksi di Syria, Yaman, dan pelbagai lagi tempat serta tidak lagi mengganggu kapal tangki minyak di Selat Hormuz.
Mungkin kalau kita rajin sikit tonton video geopolitik, serta faham geografi dan demografik, kita akan boleh tenang sambil tidak terikut-ikut dengan media pro-Hillary Clinton ini. Mereka cuma nak j4tuhkan Donald Trump.
Cuba kalau yang lancar s3rangan tu Hillary Clinton, atau Barack Obama, mesti pujian melambung akan diberikan oleh New York Times, CNN, CNBC dan segala media di Amerika Syarikat.
Untuk tulisan geopolitik, sila baca di: