Matahari Buatan Sendiri, China Uji Suhunya 5 Kali Ganda Panas

China

China sedang menjalankan satu program Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) iaitu percubaan matahari buatan China.

Baru-baru ini satu eksperimen telah dijalankan selama 20 minit pada suhu mencecah 70 juta darjah Celsius.

Menurut New York Post, suhunya lima kali lebih panas daripada matahari sebenar serta mencatatkan kira-kira 15 juta darjah Celsius pada terasnya.

Seorang penyelidik dari Institut Fizik Plasma Akademi Sains China, Gong Xianzu bertanggungjawab dengan penyelidikan yang dilakukan oleh EAST. Lokasi projek ini terletak di Institut Sains Fizikal Hefei di wilayah Anhui. 

Eksperimen terbaharu yang bermula Disember lalu dijangka berakhir pada Jun hadapan. Matahari yang direka dan dibangunkan oleh China sejak 2006 ini telah digunakan oleh saintis dari seluruh dunia untuk menjalankan pelbagai eksperimen.

China telah membelanjakan kira-kira £701 juta lebih kurang (RM3 billion) untuk projek itu.

Di samping itu, lebih 10,000 penyelidik saintifik China dan antarabangsa telah bekerjasama untuk merealisasikan projek matahari buatan ini. 

Para saintis berharap mesin itu akan dapat memanfaatkan kuasa pelakuran nuklear, yang akan menghasilkan tenaga bersih tanpa had dengan meniru tindak balas yang biasanya berlaku di matahari.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: