Malaysia Perlu Merapatkan Jurang Digital, Ini Bagi Memperkukuh Kedudukan Dalam GVC

Malaysia perlu membina lebih banyak infrastruktur digital bagi merapatkan jurang digital. Hal ini melalui tumpuan kepada pembinaan kapasiti dan amalan terbaik, membangunkan pekerja mahir dan memastikan penyertaan yang adil dalam zon perdagangan digital untuk mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian nilai global (GVC).

Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah mengeluarkan Kertas 6 untuk siri “Rantaian Nilai Global di ASEAN” yang mengkaji Malaysia. AJC mendapati dasar negara meningkatkan rantaian nilai yang telah membawa kepada kurangnya kebergantungan kepada input asing.

Hal ini menunjukkan yang lebih banyak penggunaan produk Malaysia dalam eksport negara lain kebanyakannya untuk bahagian dan komponen peralatan elektrik dan elektronik.

“Ini akan membolehkan perniagaan kecil dan sederhana berkembang maju dan menyumbang kepada GVC dan rantaian nilai serantau,” katanya dalam kenyataan.

Nilai tambah yang digabungkan ini melalui eksport negara lain yang telah meningkat kepada 29 peratus pada 2019 daripada 18 peratus pada 1995. Ini merupakan petunjuk positif bahawa Malaysia telah beralih secara berperingkat daripada aktiviti nilai tambah yang rendah kepada fungsi nilai tambah yang lebih tinggi.

Penglibatan Malaysia dalam GVC telah meningkatkan jumlah eksport dan pengeluarannya secara keseluruhan. Manakala, kajian menunjukkan bahawa sebelum 1995, Malaysia lebih khusus dalam pemasangan akhir atau peringkat pengeluaran akhir hampir kepada peringkat pertengahan GVC dan cenderung untuk menghasilkan nilai tambah yang rendah.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: