Makhluk Besar Dan Gagah, Kemunculan Bigfoot Benar Atau Sebaliknya?

makhluk_besar_dan_gagah_kemunculan_bigfoot_benar_atau_sebaliknya_1

Bigfoot merupakan salah satu makhluk misteri sejak dulu lagi sehingga kini masih belum dipastikan kesahihannya sama ada ianya benar-benar wujud ataupun tidak

Bigfoot yang digambarkan sebagai makhluk seakan gorila atau beruk selain mempunyai ketinggian sekitar 2 hingga 3 meter. Bukan itu sahaja, berat juga dianggarkan sekitar 200 hingga 500 kilogram.

Pendek kata, bigfoot mempunyai saiz lebih kurang 2 atau 3 kali ganda saiz manusia biasa.

Baru-baru ini, satu video mendakwa Bigfoot ditemui di Idaho, Amerika Syarikat telah tular di media sosial. Dalam video berkenaan, satu makhluk yang kelihatan besar dan gagah ditemui sedang berjalan di kawasan hutan.

Video yang dimuat naik ke Youtube oleh channel Nv Tv itu mengejutkan ramai pihak dan sehingga ini video berkenaan telah mencecah hampir 200 ribu tontonan.

Meskipun ada yang berpendapat bahawa makhluk tersebut kemungkinan melakukan penyamaran, tetpi pendapat itu agak lemah kerana saiznya besar berbanding manusia biasa.

Selain itu, makhluk itu dikatakan terlalu ‘detail’ untuk melakukan penyamaran manusia, menurut laporan portal Independent.

Penampakan makhluk seakan Bigfoot di Idaho bukanlah sesuatu perkara yang baru.

Menurut The Bigfoot Field Researches Organization, hampir 100 laporan mengenai penampakan makhluk seakan Bigfoot yang dilaporkan sehingga kini di Idaho.

Untuk pengetahuan, Idaho merupakan kawasan yang paling sering melaporkan penampakan UFO iaitu objek terbang tidak dikenali di negara terbabit.

Sumber: Youtube

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah.

Sumber: