Sebuah video berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh Bernama TV di laman Twitter mereka tular apabila ia menunjukkan barisan panjang pekerja asing yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di salah satu tapak pembinaan kondominium dekat Setapak. Jabatan Imigresen telah membuat penahanan tersebut kerana para pekerja asing masuk ke Malaysia tanpa laluan sah.
Jabatan Imigresen Malaysia menahan sejumlah pendatang tanpa izin yang bekerja di tapak binaan kondominium terletak di Jalan Persiaran Pertahanan, Kampung Wirajaya, Setapak.
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 7, 2021
Video: Afiff Adnan pic.twitter.com/5wFWFzT9Tj
Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati sebahagian daripada rakyat Malaysia menganggap penangkapan tersebut sebagai sebahagian daripada taktik kotor majikan atau bos-bos besar kerana tidak mahu membayar upah pekerja asing terbabit selepas projek siap:
Penalise the employer! These immigrants are exploited. https://t.co/v3ubH4gjfh
— Reth (@RethRejab) April 8, 2021
Don't be fooled. where is the employer? https://t.co/USapNUJl15
— Infaq ramadan SEMPORNA SABAH (@Haziqmahmur9) April 8, 2021
Boss tidak ditahan? CEO of the company? HR Director? HR Manager? Project Director? Construction Manager? Hanya kuli-kuli gaji harian yang ditahan? https://t.co/utQt7TM9vN
— TuanMasbro Nama Terpaling Glamor BONGKERSZ Bae (@bongkersz) April 8, 2021
tactic cliche https://t.co/cfGhhGET4c
— bo (@frhnrzf21) April 8, 2021
Taktik dorang ni ulang lah sampai abang jamil mampus. Deme penat kerja kome senang-senang report, habis madu sepah dibuang. Aniaya orang, harap hidup dorang tak aman.
— S (@haneulnim926) April 8, 2021
Sudahlaaa gaji berbulan kena hold dikerah tenaga setiap hari, ujung ujung jadi kambing hitam majikan. Babi!!
— 𝓗𝔀𝓪𝓼𝓪 🇲🇾 (@michellehwasa) April 7, 2021
Adakah ini cari si majikan nak terlepas dari membayar gaji dorang? Maybe kalau kena denda pun sikit, berbaloi dari bayar gaji dorang?
— saidatul syuhada (@yaayed) April 7, 2021
Standard. Dia amik, dia report. Bayar denda lagi murah dan boleh kawtim daripada nak bayar gaji depa ni semua yang dah kena kerah. Dunia boleh lepas, akhirat nanti merangkak la.
— FB/IG Ads Trainer | Casper (@rizwanabdullah_) April 8, 2021
Dianggap sebagai modern slavery, para aktivis percaya taktik majikan menggunakan Jabatan Imigresen untuk melepaskan diri daripada membayar gaji pekerja asing bukanlah sesuatu yang baharu.
Abdul Aziz Ismail iaitu salah seorang anggota Majlis Antipemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) berkata kepada Free Malaysia Today bahawa cara ini sudah diguna pakai sejak tahun 1990-an lagi. Beliau secara peribadi telah terlibat dengan beberapa kes sama pada pertengahan tahun 2000-an.
Menurut Abdul Aziz lagi, kes ini banyak berlaku di sektor pembinaan dan perladangan. Banyak syarikat akan menggunakan taktik ini berulang kali dengan menggantikan kuota mereka.
Selepas sekumpulan pekerja asing yang masuk tanpa izin ditangkap, majikan akan menghubungi ejen untuk menggantikan individu-individu tersebut. Kes-kes ini berlaku kerana wujud rasuah di antara individu yang terlibat dalam pemberian pas kerja dan ejen pekerja.
Glorene Das iaitu pengarah eksekutif kumpulan hak Tenaganita berkata bahawa mereka telah menangani sejumlah kes serupa di mana kebanyakannya melibatkan sektor pembinaan.

Menurut Glorene, pekerja asing ini akan ditangkap dan dihantar pulang seperti penjenayah serta tidak pernah dibayar. Insiden seperti ini berlaku kerana pekerja asing mudah percaya dengan janji-janji manis majikan.
Mereka dijanjikan dengan gaji lumayan selepas projek berjaya diselesaikan. Selain itu, majikan akan bayar pekerja asing berkenaan dengan jumlah kecil pada peringkat awal untuk memuaskan hati mereka.
Dari segi penyelesaian, Glorene percaya bahawa rombakan secara besar-besaran itu sangat penting dalam sistem pengambilan pekerja asing. Selain itu, beliau juga menuntut hukuman setimpal perlu dijatuhkan kepada majikan, pelabur dan agensi pekerjaan kerana melakukan hal yang tidak bermoral ini.
Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: