Lukisan Kucing Terbesar Berusia 2,000 Tahun Di Garisan Nazca Peru

kucing terbesar garisan nazca

Ahli arkeologi telah menemui seekor kucing geoglyph terbesar yang menghiasi lereng bukit di selatan Peru, menjadikannya geoglyph yang terbaru dari Garisan Nazca.

Garisan Nazca adalah garisan atau corak buatan manusia yang misteri terdiri daripada haiwan, tumbuhan, dan juga objek yang berasal dari zaman Pra-Columbia.

Para saintis percaya kucing terbesar itu, seperti rajah haiwan Nazca lain, diciptakan dengan membuat tekanan pada tanah di padang pasir.

Kucing berkenaan terbiar lama tanpa disedari sehinggalah baru-baru ini setelah sebuah rancangan pembuatan jalan baru bagi menuju ke platform pemerhatian dijalankan.

Sumber: Live Science

Menurut Kementerian Kebudayaan Peru, geoglyph kucing itu berusia antara sekitar 200 SM dan 100 SM. 

Memetik laporan BBC, Johny Isla, ketua arkeologi Peru bagi Garisan Nazca mengatakan bahawa kucing itu lebih tua daripada budaya Nazca yang mencipta sebahagian besar rajah dari 200 hingga 700 Masihi.

“Ukurannya lebih kecil, dilukis di lereng bukit, dan jelas merupakan hasil dari tradisi sebelum Nazca,” katanya.

‘Garisan’ kucing berkenaan seluas 30 dan 40 sentimeter dan keseluruhan kucing itu adalah 137 meter panjang.

Pada mulanya, para pekerja hampir tidak dapat melihat rajah kucing itu kerana hakisan semula jadi di lereng bukit telah menghakis garis besar kucing kuno berkenaan. 

Walau bagaimanapun, hasil pemuliharaan yang mengambil masa sekitar satu minggu, ahli arkeologi berjaya memulihkan geoglyph kucing berkenaan. 

“Rajah itu hampir tidak kelihatan dan hampir hilang kerana ia terletak di lereng curam menyebabkannya mudah terdedah dengan hakisan semula jadi.” nyata menteri itu.

Seperti Garisan Nazca lain, kucing besar ini lebih baik dilihat dari atas seperti daripada pesawat atau drone. 

Sumber: Machu Travel Peru

“Mungkin penemuan sebegini agak mengejutkan bahawa masih ada reka bentuk baru boleh dijumpai, tetapi kami tahu bahawa ada lebih banyak lagi di luar sana,” ujar Jonny kepada Evening Standard

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: