Menakjubkan, Lubang Kawah Gergasi!

lubang-gergasi-ini-adalah-kawah-yang-menakjubkan

Menakjubkan lubang kawah gergasi ini dengan api yang menyala dan tidak pernah padam, api abadi? Ya, banyak tempat yang mempunyai api abadi. Menakjubkan! Digelar sebagai Gerbang Neraka atau Pintu Neraka kerana mempunyai gas asli dan kawahnya yang sentiasa menyala serta tidak pernah padam.

Menakjubkan Lubang Kawah Gergasi

Tempat ini dipanggil sebagai Kawah Darvaza dan ia adalah medan gas asli yang terletak di Derweze, Turkmenistan. Darvaza pun membawa maksud pintu. Penghasilan Kawah Darvaza disebabkan runtuhan secara tidak sengaja yang dilakukan oleh jurutera petrokimia Soviet pada tahun 1971. Apabila mereka memulakan penggalian untuk mencari minyak dan gas asli, tempat galian mula runtuh lalu membentuk sebuah kawah besar.

Kawasan kawah ini merupakan antara tempat simpanan gas yang terbesar di dunia. Berkeluasan 69 meter dan sedalam 30 meter menjadi tarikan utama kepada pelancong yang ingin melawat kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu, gas metana mengalami kebocoran. Gas metana amat berbahaya kepada manusia. Bahkan juga, gas metana mampu menggantikan oksigen di udara jika kandungannya lebih banyak. Ia akan memberikan kesan yang buruk kepada manusia dan boleh menyebabkan mati lemas.

Ahli geologi dan saintis mengambil solusi dengan cara menyalakan api bagi mengelakkan kebocoran lebih teruk. Tanggapan mereka bahawa gas hanya memakan masa dalam beberapa minggu sahaja, namun sangkaan mereka meleset. Kemudian, mereka membuat keputusan untuk membakar kawah bagi mencegah penyebaran gas metana. Sejak itu, api di dalam kawah Darvaza tidak pernah padam dan terus terbakar sehingga hari ini.

“Sudah lebih 50 tahun kebakaran dalam kawah ini masih bernyala dan tidak menunjukkan tanda api terpadam”- pakar geologi Turkmenistan, Anatoly Bushmakin.

Nyalaan api dalam kawah tersebut memang panas. Sesiapa yang ingin mendekati kawah itu hanya mampu bertahan dalam beberapa minit sahaja, bayangkan kalau terjatuh ke dalam lubang tu….

George Kourounis adalah manusia pertama menjejakkan kaki untuk turun ke kawah. Beliau turun selama 15 minit untuk mendapatkan sampel tanah dengan memakai suit kalis api.

Namun begitu, tempat ini sesuai dilawati pada waktu malam. Pemandangan lebih menarik dengan api yang menerangi sekitar kawasan tersebut. Di samping itu, ada juga pelawat yang mendirikan tapak perkhemahan di sekitar kawasan itu.

Persoalan hingga hari ini, tiada siapa yang tahu bilakah api tersebut akan padam disebabkan jumlah simpanan gas antara yang terbesar di dunia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: