Mungkin ramai sudah mengetahui statistik kes bunuh diri di Jepun sangat membimbangkan. Terdapat satu lokasi iaitu hutan Aokigahara yang sangat terkenal sebagai tempat popular orang Jepun membunuh diri.
Terletak di kaki Gunung Fuji dengan kelebaran sekitar 32 kilometer persegi, hutan ini sangat padat dengan pokok-pokok dan batu.
Aura seram kawasan ini mula menjadi buah mulut orang ramai melalui satu novel terkenal diterbitkan pada tahun 1960 yang bertajuk “Koroi Jukai” karya Seicho Matsumoto. Namun sejarah lokasi tersebut sudah wujud lama sebelum novel itu dikeluarkan lagi.
Terdapat juga amalan ritual Ubasute yang dilakukan sejak abad ke-19 lagi. Ritual ini membuatkan seseorang yang sudah tua menyendirikan diri di hutan sehingga tiba kematiannya.
Selain daripada itu, orang Jepun pada masa lalu turut mempunyai tradisi membunuh diri yang dipanggil Harakiri.
Tradisi ini pada awalnya dilakukan oleh panglima perang yang kalah dalam pertempuran tetapi telah disalah tafsir. Ini menyebabkan ramai orang menggunakan istilah Harakiri untuk hal-hal seperti kemurungan, putus cinta dan lain-lain.
Peningkatan jumlah kes bunuh diri di Jepun meningkat sedikit demi sedikit. Penemuan yang mengejutkan pada tahun 2002 di mana 78 mayat tergantung dan reput dijumpai di dalam hutan ini.
Oleh kerana itu, kerajaan Jepun mula menutup maklumat berkaitan bilangan kes bunuh diri supaya populariti Hutan Aokigahara tidak menurun sebagai kawasan perlancongan.
Banyak usaha telah dijalankan bagi menghentikan upacara bunuh diri di situ. Antaranya dengan memasang papan tanda larangan, membentuk satu pasukan khas mencari mayat di hutan serta memasang CCTV.
Jadi inilah dia kisah di sebalik hutan Aokigahara yang penuh dengan sejarah silam mengerikan.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: