Lipat Dan Potong Lidah Sedikit Demi Sedikit, Ini Yoga Khecarī Mudrā Yang Cetus Kontroversi

Cuba lipatkan lidah anda ke belakang. Kemudian cuba tolak dan masukkan ia ke dalam rongga hidung melalui ruang belakang. Sepertinya mustahil bukan?

Bukan sahaja lidah tidak mampu mencapainya namun kalau tercapai pun mungkin boleh menyebabkan diri menjeluak.

Tapi tidak kalau menurut pengamal yoga yang cetus kontroversi ini. Di mana mereka percaya, dengan latihan harian dan aktiviti memotong sedikit demi daging di bawah bahagian lidah, anda akan mampu mencapai tahap itu yang dinamakan Khecarī Mudrā.

Menurut penamal yoga ini, apabila satu individu dapat mencapai tahap tersebut,mereka akan mendapat pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh seperti daya tahan kepada penyakit dan awet muda.

Peringkat-peringkat dalam amalan yoga Khecarī Mudrā. Sumber: Ananda Kriya Sangha

Peringkat Amalan Khecarī Mudrā

Pada peringkat awal amalan yoga ini, pengamal mesti melipat lidah mereka dna cuba menolaknya ke belakang sejauh mungkin agar hujung lidah menyentuh lelangit lembut pada bahagian belakang mulut ataupun uvula.

Pada mulanya ia anda mesti dapati agak susah untuk dilakukan namun semakin anda lakukannya semakin mudah ia jadi. Peringkat awal ini tidaklah mengejutkan orang awam kerana kebanyakan daripada kita dapat melakukannya walaupun agak sukar.

Namun peringkat seterusnya yang membuat orang gerun. Di mana untuk mencapai tahap lidah mampu masuk ke ruang rongga hidung, tidak dapat tidak lingual frenulum (bahagian isi bawah lidah) mestilah dipotong.

Jadi dalam pada masa mereka mempraktikkan lipatan lidah itu, pengamal yoga ini harus juga memotong sedikit demi sedikit lidah mereka dengan pisau yang tajam. Selepas lebih kurang enam bulan, barulah bahagian isi di bawah itu akan hilang sepenuhnya.

Lantas membenarkan lidah untuk terlipat sepenuhnya untuk memasuki ruang rongga hidung dan tercapailah tahap tinggi dalam amalan yoga Khecarī Mudrā ini.

Sumber: GPBalance

Menurut kepercayaan beberapa pengamal, Khecarī Mudrā ini dikatakan menyimpan tenaga Bindu dan dengan berjaya mengamalkan yoga ini pengamal bakal mendapat kuasa luar biasa.

Namun untuk mendapat kuasa itu, pengamal haruslah melipat lidah mereka sejauh mungkin dan masukkan ia ke dalam ruang rongga hidung bagi “menjilat air tenaga abadi yang mengalir di situ.”

Apa pendapat anda tentang amalan yoga yang ini?

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: