Lima Tradisi Perkahwinan Yang Unik Dari Serata Dunia

Perkahwinan merupakan sebuah sebuah majlis yang sakral kerana ianya merupakan hari di mana dua pasangan menjalinkan ikatan dan berjanji untuk sehidup semati bersama.

Namun begitu, majlis perkahwinan setiap kaum dan negara mempunyai adat, budaya serta tradisi yang berbeza-beza dan unik.

Indonesia

Sumber: Brides

Di Indonesia, kedua pasangan mempelai yang baru berkahwin akan dikurung di dalam rumah selama tiga hari.

Walaupun kedengaran romantis, pasangan baru berkahwin ini juga dilarang untuk menggunakan tandas sama sekali atas alasan untuk mengeratkan hubungan.

Armenia

Sumber: The Culture Trip

Pasangan yang baru berkahwin di Armenia diharuskan untuk menyeimbangkan dua keping roti pada kedua-dua bahu mereka.

Tradisi ini dilakukan bertujuan untuk menghalau segala anasir-anasir jahat terhadap perkahwinan kedua-dua pasangan ini.

Selain itu, apabila pengantin lelaki dan pengantin perempuan melangkah masuk ke resepsi perkahwinan mereka yang kebiasaannya diadakan di rumah pengantin lelaki, mereka dikehendaki untuk memecahkan pinggan sebagai simbol tuah.

Kemudian, mereka juga akan disuapkan lavash, sejenis roti dari Timur Tengah, dan juga madu oleh ibu pengantin lelaki.

Sebelum acara bermula, pasangan pengantin ini harus menyeimbangkan roti pada bahu mereka untuk mengusir sebarang kejahatan dan seterusnya memakan beberapa sudu madu untuk melambangkan kebahagiaan.

China

Sumber: Travel China

Sebulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung, pengantin perempuan Tujia di China dikehendaki untuk menangis selama satu jam setiap hari.

10 hari selepas pengantin perempuan mula menangis, upacara itu kemudiannya diikuti oleh ibu pengantin perempuan.

10 hari seterusnya akan diikuti oleh nenek pengantin perempuan sehinggalah hari-hari terakhir bulan itu, seluruh kaum perempuan dari keluarga pengantin perempuan akan turut menangis bersama.

Tradisi itu dipercayai adalah untuk menzahirkan rasa gembira dan para perempuan akan menangis dengan nada berbeza yang melahirkan bunyi seakan-akan sebuah lagu.

Rusia

Sumber: Russian Bride Club

Kalau di Johor mempunyai tradisi ‘tol’, begitu juga dengan pasangan pengantin di Rusia.

Pengantin lelaki dikehendaki untuk pergi ke rumah pengantin perempuan pada pagi majlis perkahwinan mereka.

Pengantin lelaki tersebut kemudiannya sama ada akan memberi duit kepada pasangannya, memberi hadiah kepada keluarga pengantin perempuan atau memalukan diri sendiri dengan menari dan menyanyi sehingga keluarga pengantin merasa puas.

Congo

Sumber: Bona Dea

Jarang sekali kita lihat pasangan pengantin yang luntur dengan senyuman ketika hari persandingan mereka.

Berbeza dengan yang lain, pasangan pengantin di Congo tidak dibenarkan untuk senyum daripada upacara pernikahan sehinggalah majlis persandingan mereka.

Hal ini kerana jika pasangan mempelai tersebut senyum, mereka akan dianggap tidak serius tentang perkahwinan mereka sendiri.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: