Atlantis merupakan sebuah pulau legenda yang muncul buat pertama kalinya dalam buku Timaeus dan Kritias oleh Plato. Beliau menggambarkan pulau tersebut sebagai sebuah kota yang hilang sejak 360 SM.
Berikutan daripada itu, orang ramai mula obses dalam mencari keberadaan kota yang hilang tersebut.
Walaupun sesetengah yang masih mempersoalkan tentang kebenaran cerita yang disebut Plato itu, beberapa pengikut Atlantis sedaya upaya untuk membuktikan kewujudan Atlantis.
Jalan Bimini

Pada pertengahan tahun 60-an, seorang penyelam bernama Manson Valentine telah menemukan batu yang seragam dengan jarak sekitar 0.8 kilometer di Kepulauan Bahamas.
Meskipun kebanyakan daripada mereka menganggap bahawa ini hanyalah fenomena geografi, penyusunan dan bentuk batu yang unik dan tidak normal itu dipercayai adalah sisa dari jalan kuno kota yang hilang tersebut.
Spartel Bank
Dalam buku tersebut, Plato mengatakan bahawa kota yang hilang itu terletak di luar Pilar Hercules iaitu dua batu di Selat Gibraltar dan Pulau Spartel dikatakan pernah berada di situ.
Para nelayan yang melalui jalan tersebut mungkin telah melihat tempat itu hilang pada zaman Ice Age terakhir.
Walau bagaimanapun, tiada bukti catatan yang menunjukkan bawaha Spartel Bank ialah Kota Atlantis.
Indonesia

Cendekiawan Brazil, Arysio Nunes dos Santos, dalam bukunya yang berjudul Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitive Localization of Plato’s Lost Civilization, telah membandingkan beberapa negara yang mempunyai ciri-ciri Benua Atlantis.
Perbandingan tersebut dibuat melalui luas wilayah, cuaca, kekayaan alam, gunung berapi sehingga ke cara bercucuk tanam.
Santos akhirnya menyimpulkan bahawa Indonesia adalah Benua Atlantis iaitu di Pulau Natuna, Kepulauan Riau. Namun, banyak yang menentang teori ini.
Meskipun begitu, para cendekiawan mempercayai bahawa ada benua yang tenggelam di Indonesia yang bernama Sundaland.
Benua yang tenggelam ini merupakan wilayah laut cetek antara Sumatera dan Kalimantan tetapi masih belum ada bukti yang menunjukkan sebarang peradaban yang pernah berlaku.
Helike

Pada zaman Plato, Tsunami pernah menghentam Kota Yunani dan banyak yang menyangka bahawa peninggalan dari fenomena tersebut terletak di Teluk Korintus.
Namun, pada tahun 1990-an, para ahli arkeologi menemukan fosil-fosil di kedalaman sekitar 25 hingga 45 meter yang terkubur di bawah mendapan tanah.
Antartika
Ahli Sejarahwan Charles Hapgood berpendapat bahawa benua selatan pernah menjadi daratan utara dengan Kota Atlantis di pantainya.
Hampir 12 ribu tahun yang lalu, penggeseran kerak bumi membawanya ke selatan. Perkara tersebut pernah terjadi di Antartika sekitar 30 juta tahun yang lalu.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: