Layanan Terhadap Syed Saddiq Di Dewan Rakyat Ini Bikin Warganet Panas

Semalam merupakan hari pertama Persidangan Dewan Rakyat yang ditunggu-tunggu selepas ia tertangguh akibat penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Salah satu isu yang mencuri tumpuan orang ramai ialah layanan sesetengah Ahli Parlimen yang lebih veteran kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Cucu, cucu nak mencelah, cucu,” kata Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar ketika Ahli Parlimen Muar berkenaan ingin mencelah dalam perbahasan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian menyambung, “Tanya atuk (merujuk kepada Dr Mahathir) kenapa dia letak jawatan.”

Syed Saddiq

Syed Saddiq bertanya, “Boleh mencelah?” sebelum Noh sekali lagi mencelah, “Bagi cucu, cucu nak mencelah.”

Walaupun insiden itu mungkin kelihatan biasa buat sesetengah pihak, ramai orang menunjukkan sokongan kepada Ahli Parlimen Muar itu dengan menganggap ia tidak wajar kepada Syed Saddiq untuk diperlakukan seperti itu terutamanya daripada wakil rakyat yang jauh lebih berpengalaman.

Sementara itu, tinjauan penulis di laman Twitter mendapati rata-rata warganet berkata tahap tidak hormat terhadap Syed Saddiq di Parlimen semalam menunjukkan bagaimana golongan belia dilayan dan dipandang rendah oleh Ahli Parlimen lain:

Untuk pengetahuan anda, Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung pada Isnin ini turut mencatat pelbagai sejarah baharu termasuk pelantikan Datuk Azhar Harun sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu.

Selain itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula merupakan wanita pertama yang menjawat jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Pada pendapat penulis, setiap individu perlu mendengar pendapat orang lain tanpa mengambil kira faktor usia ataupun pangkat. Hal ini demikian kerana rasa hormat terhadap mana-mana individu itu sepatutnya diperoleh dan umur juga hanyalah angka. Semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Sumber: