
Kewujudan balang batu di sebuah tempat yang bernama Xiangkhouang, Laos ini menjadi tanda tanya kepada ahli arkeologi.
Lokasi ini menjadi salah satu daya tarikan bagi pelancong di daerah tersebut. Pengkaji Perancis, Madeline Colani merupakan antara orang yang pertama membuat kajian berkenaan kawasan ini.
Berikutan itu, hasil daripada kajian terperinci, dia mendapati balang batu itu merupakan kontena khas tempat penyimpanan mayat.
Kawasan Xiangkhouang mempunyai lebih kurang 90 tempat yang memiliki balang batu berkenaan dan setiap kawasan terdapat hampir 400 balang.

Sumber: Facebook (John Mohamed)
Jika mengikut kiraan matematik, bermakna semua kawasan ini memiliki 36,000 balang batu. Setiap balang yang dijumpai juga mempunyai ketinggian dan ukur lilit yang berbeza.
Ukuran balang batu ini dikatakan mencecah 1 hingga 3 meter. Secara keseluruhannya, balan batu ini mempunyai tapak yang luas bagi menyokong agar dapat berdiri tegak.
Selain itu, balang batu ini memiliki penutup yang diperbuat dari batu malah, mempunyai ukiran haiwan berbeza antara satu sama lain. Ada ukiran harimau, katak, monyet dan lain-lain lagi.

Menerusi kajian yang dilakukan Colani, dia menjumpai terdapat gigi, tulang serta peralatan kematian dalam balang tersebut.
Kemudian dia mengatakan bahawa kawasan berkenaan merupakan lokasi perkuburan bagi orang yang hidup sewaktu zaman besi di sekitar daerah itu. Perkara yang menguatkan teori itu adalah apabila turut dijumpai balang yang mempunyai lebih dari satu mayat.
Pengkaji lain juga mengatakan banyak kawasan yang sejenis ini dijumpai di sekitar Asia. India juga mempunyai balang batu yang hampir sama dengan ini yang dikenali sebagai Mudhumakkal Thazhi.
Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa upacara pengebumian seperti merupakan salah satu budaya yang dibawa melalui perdagangan atau lebih tepat lagi laluan garam.
Perdagangan garam sekitar Asia pada ketika itu telah menjadi bukti kaedah balang batu untuk menempatkan mayat telah tersebar luas di sepanjang kawasan yang terlibat.
Sebuah cerita tidak lengkap tanpa menyebutkan kisah legenda tempatan kawasan berkenaan. Alkisah sebuah cerita lama yang berkisar mengenai kawasan ini.
Menurut kisah legenda itu, terdapat satu kaum gergasi yang mempunyai seorang raja bernama Khun Cheung dan bertempur dengan hebat hingga berjaya mengalahkan pihak lawan.
Dia mengarahkan agar membuat satu bekas untuk menyimpan arak supaya rakyatnya boleh minum bagi meraikan kemenangan mereka dalam pertempuran.
Walau apapun cerita rakyat atau kajian saintifik yang dilakukan, kawasan ini masih lagi misteri sehingga hari ini. Bukan itu sahaja, ia juga memerlukan usaha yang lebih bagi mengetahui kaum yang membuat balang ini.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: