Menurut laporan agensi berita, Korea Utara tidak ada banyak alasan untuk menjaga hubungan peribadi antara pemimpin Kim Jong Un dan Presiden Donald Trump sekiranya Washington masih berpegang teguh kepada permusuhan.
Dasar Amerika Syarikat (AS) membuktikan Washington tetap menjadi ancaman jangka panjang kepada Korea Utara dan rakyatnya.
Susulan itu, Korea Utara akan terus memperkukuhkan kekuatan tentera untuk mengatasi ancaman itu menurut Menteri Luar Negeri, Ri Son Gwon dalam satu kenyataan.
Pada tahun 2007, Trump dan Kim Jong Un saling bertikam lidah dan mengancam satu sama lain selepas Pyongyang melaksanakan program nuklear dan peluru berpandu terkini secara besar-besaran.
Amerika Syarikat kemudian menerajui usaha dunia dengan mengetatkan sekatan.
Pada bulan Jun 2018 di Singapura, hubungan mereka dilihat bertambah baik semasa sidang kemuncak kali pertama antara Presiden Amerika Syarikat dan pemimpin Korea Utara.
Namun, pernyataan yang keluar dari pertemuan itu ‘sangat ringan’ berhubung perkara-perkara tertentu.
Pada sidang kemuncak kedua pada Februari 2019 di Vietnam, kedua belah pihak gagal mencapai kata sepakat berhubungan tuntutan AS agar Korea Utara menyerahkan sepenuhnya senjata nuklear dan tuntutan Korea Utara untuk pelepasan sekatan.

Son Gwon berkata, pemerintahan Trump hanya mahu fokus untuk meraih kelebihan politik sambil terus mengenakan pengasingan dan mendesak dan mengancam Korea Utara dengan serangan dan perubahan rejim.
“Jangan sesekali kita memberikan pakej lain kepada Ketua Eksekutif AS untuk digunakan sebagai pencapaian tanpa mendapat pulangan.
Tidak ada yang lebih hipokrit berbanding janji kosong,” katanya.
Semalam, Jabatan Negara Amerika Syarikat kekal komited untuk berbincang dengan Korea Utara bagi mendapatkan perjanjian yang seimbang.
Korea Utara pernah mengkritik Amerika Syarikat kerana mengulas urusan antara Korea dan mengatakan Washington harus berdiam diri jika mahu Pilihan Raya Presiden yang akan datang berjalan lancar.
“Negara itu juga kemungkinan akan berusaha meningkatkan tekanan ke atas Amerika Syarikat menjelang pilihan raya yang akan datang,” kata Daniel Russel, Diplomat Amerika Syarikat untuk Asia Timur.