Konsep Unik Yang Ditampilkan Di Perkampungan Hang Tuah Yang Kini Berwajah Baharu

Suasana kehidupan zaman kepahlawanan Hang Tuah Lima Bersaudara dapat dirasai jika dengan anda berkunjung ke Perkampungan Hang Tuah di Kampung Duyong, Melaka yang kini berwajah baharu.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Mohd Nasruddin Rahman berkata, bermula 1 Februari ini, empat rumah sahabat Hang Tuah iaitu Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Kasturi, Rumah Hang Lekir dan Rumah Hang Lekiu akan dibuka kepada orang ramai dengan konsep dan keunikan tersendiri.

Penjenamaan semula empat rumah pahlawan pada era kegemilangan Kesultanan Melaka itu dilakukan sejak Rabu lepas dengan kerja-kerja membaiki, membersihkan serta memasukkan bahan pameran.

“Rumah-rumah ini ditutup agak lama. Jadi banyak yang perlu kita buat termasuklah menampilkan konsep pameran baharu agar dapat menarik lebih ramai pengunjung ke sini, kita jangka semuanya akan siap dalam minggu hadapan,” katanya.

Mohd Nasruddin berkata koleksi senjata tradisional seperti keris dan tombak akan dipamerkan di Rumah Hang Jebat manakala Rumah Hang Kasturi akan mempamerkan koleksi pakaian tradisional masyarakat di Melaka seperti Melayu serta Baba dan Nyonya.

“Mereka yang ingin merasai atau mengimbau kenangan bermain permainan tradisional seperti congkak dan tingting, mereka boleh menunjuk bakat di Rumah Hang Lekir manakala juadah tradisi Melaka seperti asam pedas dan kuih onde-onde boleh dirasai di Rumah Hang Lekiu,” katanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: