Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia, Ketahui 10 Fakta Menarik Mengenai Deep Dive Dubai

Bukan setakat bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, Dubai juga secara rasminya mencipta rekod kerana memiliki kolam paling dalam di dunia.

Kolam renang sedalam 60 meter itu berjaya memecah rekod sebelumnya yang dipegang oleh Deepspot di Poland sedalam 45 meter.

Kolam Deep Dive Dubai dikatakan menampung sebanyak 14 juta liter air iaitu sama dengan enam buah kolam renang saiz Olimpik.

Sumber: New Atlas

Pada 27 Jun lalu, Guinness Record mencatatkan kolam renang tersebut sebagai kolam renang terdalam di dunia untuk menyelam atau Deepest Swimming Pool for Diving.

Meskipun demikian, buat masa kini, fasiliti kolam renang tersebut hanya dibuka kepada para penyelam profesional sahaja.

Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai kolam renang terdalam di dunia tersebut:

1. Suhu air kolam renang itu ditetapkan pada kadar 30 darjah Celcius bagi membenarkan penyelam mengenakan seragam menyelam yang nipis atau persalinan renang biasa.

2. Kolam renang berkenaan mempunyai keluasan sebanyak 1,500 meter persegi dan dibina seperti bentuk tiram gergasi.

3. Bentuk tiram itu adalah sebagai simbol Dubai yang terkenal sebagai negara penyelam mutiara.

4. Deep Dive Dubai bukan sahaja merupakan kolam renang yang biasa tetapi juga terdapat binaan apartmen ‘terbengkalai’ dan binaan sebuah bandar yang membolehkan penyelam menjelajah hingga ke bahagian dasar kolam tersebut.

5. Perpustakaan, ruang permainan, kediaman apartmen, kereta, bilik tidur dan studio adalah antara binaan yang terdapat dalam kolam renang itu.

Sumber: MStar

6. Ianya turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan dan sistem suara yang canggih untuk memberikan suasana seperti di dasar laut yang sebenar.

7. Bagi yang tidak ada sebarang pengalaman dalam aktiviti penyelaman, Deep Dive Dubai turut menawarkan kursus menyelam dan anda boleh menyelam bersama pemandu selam yang disediakan.

8. Sebanyak 56 kamera telah dipasang di setiap sudut kolam renang tersebut bertujuan pemantauan bagi menjamin keselamatan para penyelam.

9. Bagi penyelam profesional, mereka dikehendaki mempunyai sijil menyelam yang diiktiraf oleh Professional Association of Diving Instructors (PADI).

10. Kanak-kanak berumur 10 tahun juga akan dibenarkan untuk menyelam apabila ianya sudah bersedia untuk dibuka kepada awam nanti.

Jarrod Jablonski, Pengarah Urusan Deep Dive Dubai turut menjelaskan bahawa kolam renang penyelam ini adalah antara yang paling canggih di dunia bukan hanya kerana kedalamannya tetapi juga apa yang terdapat di dalamnya.

Antara perkara yang membuatkan Deep Dive Dubai jauh lebih menarik daripada beberapa kolam renang menyelam di dunia adalah kerana terdapat pembinaan bandar dan apartmen di dalamnya yang membuatkan penjelajahan penyelam lebih menarik seperti di lautan sebenar.

Sumber: