Sebut sahaja berkaitan dengan peperangan, sudah tentu kita fikir hanya manusia yang terlibat dan jika ada haiwan yang terlibat pasti akan merasakan hal yang pelik.
Pelik tapi benar namun itulah yang terjadi pada seekor baboon yang diberi nama sebagai Jackie yang menyertai pasukan tentera Afrika Selatan bersama-sama dengan tentera British pada perang dunia yang pertama.
Tapi, bagaimana haiwan tersebut boleh menjadi askar?

Kisah bermula pada 1915, seorang lelaki yang bernama Albert Marr secara sukarela ingin menjadi sebahagian tentera Afrika Selatan. Ketika itu, dia bertanyakan pada pegawai tentera sama ada haiwan peliharaannya boleh turut serta.
Lebih mengejutkan, pegawai tersebut membenarkan Albert membawa bersama baboon tersebut ke Perancis. Jackie, seekor baboon yang sangat jinak, malah ia diberi pangkat sebagai Prebet. Difahamkan, ia juga telah menjadi maskot pasukan tentera siap dengan pakaian seragam.
Setelah itu, Albert dan Jackie kemudiannya menyertai peperangan yang terletak di kawasan padang pasir, di Mesir. Namun, ketika itu Albert cedera terkena tembakan lalu terbaring di tanah. Sementara menunggu pasukan perubatan, Jackie menjilat tempat luka Albert.
Tentera Afrika Selatan ketika itu berasa kagum dengan baboon yang setia kepada tuannya. Sehubungan dengan itu, Albert dan Jackie telah ditugaskan untuk menjaga sempadan Perancis.
Difahamkan kepakaran haiwan ini menyerlah apabila menggunakan deria pendengaran dan penglihatan yang jauh lebih hebat berbanding manusia, bahkan ia juga berjaya mengesan kehadiran musuh lebih awal.
Ketika perang Passchendaele, kubu tentera Albert dihujani dengan peluru dan bom. Kejadian itu membuatkan Jackie menjadi takut, lalu ia membuat perlindungan dengan menggunakan batu. Malangnya, kubu Jackie terkena serpihan bom dan akhirnya meletup.
Tangan kanan serta kaki kiri Jackie mengalami kecederaan yang teruk hingga Albert merayu pada doktor untuk menyelamatkannya. Namun doktor ketika itu tidak tahu berbuat apa kerana jarang sekali merawat haiwan semasa perang berlaku.
Demi menyelamatkan Jackie, kakinya terpaksa dipotong dan Jackie tersedar selepas pembedahan berjaya dilakukan.Selepas perang tamat, mereka berdua ke England dan Jackie ketika itu dilayan seperti seorang selebriti sensasi.

Pada masa yang sama, Albert dan Jackie berjaya mengumpul sejumlah besar dana bagi membantu palang merah serta tentera yang cedera.
Pada tanggal 22 May 1921, Jackie akhirnya mati akibat ribut petir dan bunyi guruh yang kuat. Albert pula meninggal pada tahun 1973, ketika berusia 83 tahun.
Difahamkan, mereka berdua sebenarnya mengalami trauma semasa perang akibat bunyi bom, letupan yang kuat serta tembakan.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: