Kisah Sebenar Di Sebalik Animasi Doraemon

Beberapa tahun lepas, telah tular kisah sedih di sebalik animasi Doraemon yang dikongsikan secara meluas di setiap media sosial. Dalam kisah tersebut, dikatakan ia diinspirasikan daripada kisah sebenar mengenai seorang kanak-kanak, Nobita Hirose yang mempunyai masalah kesihatan mental skizofrenia iaitu satu gangguan mental yang menyebabkan individu mengalami halusinasi, kekacauan fikiran dan berubah perilaku.

Sumber: Doraemon Wiki- Fandom

Disebabkan masalah kesihatan tersebut, Nobita sering menjadi mangsa buli di sekolah sehingga menyebabkan dia mencipta satu watak imaginasi yang diberi nama Doraemon. Difahamkan, Doraemon akan sentiasa berada di sisi dan membantunya apabila berada dalam kesusahan. Watak ini dicipta oleh Nobita hasil rasa sunyi yang dirasainya.

Namun begitu, dikatakan selepas menjalani sesi kaunseling ketika berusia 16 tahun, Nobita akhirnya menyedari bahawa Doraemon sebenarnya tidak wujud dan hanyalah imaginasinya. Hal ini kemudiannya membuatkan Nobita merasa lebih tertekan dan memutuskan untuk mengambil nyawanya sendiri dengan pistol milik ayahnya.

Sumber: Doraemon Wiki- Fandom

Kisah yang kononnya memberi inspirasi kepada Fujiko F. Fujio untuk menghasilkan siri animasi Doraemon itu ternyata hanyalah palsu dan tidak benar. Siri Doraemon mengisarkan mengenai sebuah robot kucing yang bernama Doraemon yang mengembara ke masa lalu dari abad ke-22 untuk membantu Nobita.

Ini hanyalah pendapat dan kajian yang dilakukan oleh penulis sahaja.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber: