Kisah Republik Karakalpakstan Dan Laut Aral Yang Hilang Di Dunia

kisah-republik-karakalpakstan-dan-laut-aral-yang-hilang-di-dunia
Sumber: Samarkand Tours

Karakalpakstan atau secara rasminya Republik Karakalpakstan, terletak di bahagian barat Uzbekistan, bersempadan Kazakhstan di utara dan barat, manakala Turkmenistan di Selatan.

Nukus adalah bandar keenam terbesar di Uzbekistan dan ibu negara Republik Karakalpakstan.

Walaupun ramai di antara kita tidak pernah mendengar nama negara ini dan hanya sekitar 5% daripada jumlah penduduk Uzbekistan yang tinggal di sana, ia sebenarnya merangkumi hampir separuh kawasan Uzbekistan.

Bahkan juga, tidak mengira dari sudut mana anda masuk ke republik ini, ia sangat terpencil dan sepi.

Kejatuhan Kesatuan Soviet pada penghujung tahun 1991 menyebabkan munculnya republik Asia Tengah seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan.

Negara-negara ini adalah Republik Sosialis Soviet (SSR) yang ditubuhkan sebagai wilayah untuk kewarganegaraan nominal yang tertera pada nama masing-masing.

Kepelbagaian populasi berbeza-beza di antara mereka, namun kesemua republik ini masing-masing memiliki etnik minoriti.

Secara umum, golongan minoriti ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu mereka yang mempunyai negara normal nominal di tempat lain (seperti orang Rusia, Ukraine, Azerbaijanis dan Armenia) dan mereka yang tidak mempunyai negara di mana mereka mewakili majoriti (seperti Uyghur dan Dungan).

Namun ada pengecualian untuk hal ini, iaitu etnik Karakalpak dan republik mereka sendiri iaitu Karakalpakstan.

Sumber: Pinterest

Karakalpak adalah minoriti Asia Tengah yang wujud di wilayah ini sebelum penaklukan Rusia, dengan perwakilan dan otonomi politik yang paling besar.

Mereka adalah kumpulan etnik Turki yang akhirnya menetap di sekitar selatan Laut Aral pada abad ke-18.

Ini terjadi pada ketika identiti nasional masih belum berkembang dan masih asing di wilayah ini.

Secara linguistik, mereka lebih hampir dengan Kazakhstan daripada Uzbekistan.

Ini kerana bahasa Karakalpak tergolong dalam cabang Kipchak dari keluarga Turki, seperti Kazakh, sementara Uzbek termasuk dalam cabang Karluk.

Jumlah populasi Karakalpaks tidak dapat dipastikan.

Di Uzbekistan, lokasi di mana terletaknya Republik Karakalpakstan jumlahnya berkisar antara 708,800 hingga 1.2 juta orang.

Sementara di negara jiran Kazakhstan, destinasi bagi migran Karakalpak, angka rasmi dari pihak berkuasa Kazakh adalah seramai 2,800 orang. Namun anggaran menjadikan angka itu hampir 300,000 orang.

Walaupun mempunyai keluasan agak besar, namun sebahagian daripadanya Karakalpakstan adalah padang pasir. Ia dikelilingi oleh Laut Aral yang kering di utara, manakala padang pasir Karakum dan Kyzylkum di bahagian selatan dan timur.

Negara berdaulat namun, hanya pada nama

Sumber: Envato Market

Berbeza dengan minoriti lain, etnik Karakalpak memainkan peranan sebagai entiti politik.

Seperti yang diketahui, Karakalpakstan muncuk pada awal tahun Soviet ketika Karakalpak dianggap sebagai kewarganegaraan.

Oleh itu, Wilayah Autonomi ditubuhkan pada tahun 1925 dalam Republik Soviet Sosialis Autonomi Kazakhstan (ASSR).

Karakalpakstan dinaikkan pangkat menjadi ASSR pada tahun 1932. Namun, pada tahun 1936 ia menjadi sebahagian daripada Republik Soviet Sosialis Uzbekistan (SSR).

Walaupun ASSR lain seperti Kyrgyz dan Tajik berkembang membentuk SSR penuh, Karakalpakstan tetap berada di peringkat bawah dan akhirnya diisytiharkan menjadi satu-satunya republik di Asia Tengah Soviet.

kisah-republik-karakalpakstan-dan-laut-aral-yang-hilang-di-dunia
Sumber: Iluminasi

Kejatuhan Kesatuan Soviet menyebabkan berlakunya pemisahan bekas-bekas wilayahnya sekaligus, memberikan kemerdekaan kepada Karakalpakstan secara de jure iaitu mengikut hak atau tuntutan yang sah, kerana pada tahun 1990 parlimennya menerima pakai pengisytiharan kedaulatan negara.

Namun ini tidak kekal lama dan pada tahun 1993, republik ini secara rasmi disatukan semula dengan Uzbekistan.

Sebagai balasannya, pihak berkuasa Uzbekistan membenarkan referendum kemerdekaan 20 tahun kemudian.

Republik Karakalpakstan memiliki simbol nasional negara yang berdaulat.

Ini termasuklah bendera yang hampir serupa dengan Uzbekistan, lambang negara dan juga lagu kebangsaan.

Dari segi pentadbiran politik, kota Nukus adalah ibu kotanya yang mengambil alih peranan tersebut dari Turtkul sejak tahun 1930-an.

Rang undang-undang Karakalpakstan diatur oleh sebuah perlembagaan dengan kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman seperti negara lain.

Laut yang kering kontang

kisah-republik-karakalpakstan-dan-laut-aral-yang-hilang-di-dunia
Sumber: Delphi Pages

Tarikan utama di kawasan Karakalpakstan adalah melihat Laut Aral yang pada hari ini kering kontang.

Pada tahun 60-an hingga 70-an, Kesatuan Soviet mempunyai sistem pengairan yang luas di seluruh Uzbekistan, Turkmenistan dan Kazakhstan.

Mereka mengepam air dari sungai Amu Darya yang merupakan sumber anak sungai utama Laut Aral, ke ladang mmbuatkan tanaman tumbuh dengan subur dan konsisten.

Malangnya, ia hanyalah satu rancangan tanpa berfikiran jauh dan tidak mengambil kira kekurangan air yang mengalir ke Laut Aral.

Akibatnya, projek itu bukan sahaja membuatkan Laut Aral semakin surut, tetapi juga iklim di seluruhnya berubah sepenuhnya bertukar menjadi padang pasir.

kisah-republik-karakalpakstan-dan-laut-aral-yang-hilang-di-dunia
Sumber: semuanyajdt.com

Dalam banyak pandangan, mengunjungi Laut Aral yang musnah ini termasuk dalam kategori “pelancongan gelap”.

Namun tiada tempat lebih baik untuk membuatkan kita sedar kesan manusia terhadap Bumi.

Malah, ia membuatkan pelancong memahami apa yang sebenarnya dilalui oleh penduduk tempatan di Moynak, Nukus dan bandar-bandar Karakalpakstan yang lain dalam tempoh 50 tahun kebelakangan ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: