Kisah Negeri Sabah Pernah Sertai Sukan Olimpik Sebagai Sebuah Negara

Sudah tentu anda belum mengetahui satu fakta bahawa negeri Sabah pernah menyertai temasya sukan Olimpik. Siapa sangka negeri di bawah bayu yang anda kenali sekarang ini sebenarnya pernah menghantar wakil atlet ke temasya sukan tertua di dunia.

Lebih mengejutkan lagi bukan di bawah nama Malaysia tetapi sebagai sebuah negara sendiri.

Sabah pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai Borneo Utara (North Borneo) pernah menyertai temasya Sukan Olimpik sebagai sebuah negara sendiri bagi edisi tahun 1956 di Melbourne, Australia.

Dikhabarkan, Sabah merupakan sebuah negara yang kecil dan hanya menghantar 2 orang atlet sahaja untuk menyertai Sukan Olimpik edisi tahun 1956.

Sebuah negara protektorat

Sumber: Wikimedia Commons

Borneo Utara ketika itu merupakan sebuah negara protektorat iaitu, negara yang dilindungi serta dikawal oleh negara yang lebih besar selain tidak mempunyai raja berdaulat.

Borneo Utara merupakan sebuah negara protektorat di bawah lindungan Great Britain. Oleh sebab itu, bendera Borneo Utara mempunyai bendera kecil Great Britain di atas sudut kiri serta logo rasmi Gabenor Koloni Mahkota British Borneo Utara pada suatu masa dahulu.

Bendera ini mula diguna pakai bermula tahun 1948 sehingga 1963 selepas Gabenor Koloni Mahkota British mengambil alih Borneo Utara daripada Syarikat Borneo Utara British.

Sukan Olimpik Melbourne 1956 : Temasya Olimpik penuh kontroversi

Sumber: Iloveborneo.my

Temasya Sukan Olimpik pada tahun 1956 bukanlah temasya biasa yang berjalan dengan lancar. Terdapat pelbagai kontroversi menghurung temasya yang diadakan di Melbourne.

Hal ini disebabkan, ia merupakan kali pertama temasya Sukan Olimpik diadakan di luar benua Eropah dan Amerika Utara. Bukan itu sahaja, ramai yang berpendapat tidak setuju Sukan Olimpik diadakan di sini kerana cuacanya yang sejuk malah bertentangan dengan nama Sukan Olimpik musim panas.

Pun begitu, kerajaan Australia ketika itu turut tidak mahu mengadakan acara berkuda ekuestrian di Melbourne atas sebab peraturan kuarantin yang sangat ketat. Oleh itu, acara ini diadakan di Stockholm, Sweden.

Difahamkan, beberapa negara juga dilaporkan telah memboikot sukan tersebut atas pelbagai alasan. Mesir, Lubnan, Iraq serta Kemboja adalah negara yang tidak menyertai temasya edisi ini sebagai tanda protes ke atas Krisis Suez iaitu, Perang Kedua antara Arab dan Israel.

Selain itu, negara Sepanyol dan Switzerland pun tidak menyertai edisi ini sebagai tanda protes terhadap serangan Kesatuan Soviet ketika Revolusi Hungaria sedang bergolak.

Walau bagaimanapun, sebanyak 67 buah negara tetap menyertai temasya tersebut dan salah satu daripadanya adalah Borneo Utara atau lebih dikenali negeri Sabah pada masa kini.

Gabuh dan Sium, Wira Borneo Utara

Sumber: Cilisos

Atlet bertuah yang pernah mewakili negara kecil ini ialah Gabuh Piging dan Sium Bin Diau pada temasya Sukan Olimpik edisi 1956 yang lalu.

Ketika itu, Gabuh berusia 24 tahun manakala Sium, 21 tahun dan lebih membanggakan lagi kedua-dua mereka merupakan lelaki pertama yang berasal dari Sabah bertanding di Sukan Olimpik.

Sumber: Iloveborneo.my
kisah-negeri-sabah-pernah-sertai-sukan-olimpik-sebagai-sebuah-negara
Sumber: The Sukan

Walaupun, kedua-duanya tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir namun, pengalaman mewakili tanah air tercinta pastinya sesuatu yang manis dan besar buat mereka selain berasal dari sebuah negara kecil, pastinya tidak memiliki banyak kelebihan berbanding negera besar yang lain.

Barangan berharga seperti pin enamel, patch poket serta logo dan jaket blazer berwarna merah milik kontinjen Borneo Utara sewaktu menyertai Sukan Olimpik Melbourne 1956, kini masih disimpan di galeri sukan dan muzium Olimpik Australia setelah didermakan oleh seorang individu bernama John Walne.

Pakaian dan aksesori khas ini digunakan oleh jurulatih kontinjen Borneo Utara dalam tempoh November sehingga Disember 1956 berdasarkan rekod di laman sesawang galeri sukan dan muzium Olimpik Australia.

kisah-negeri-sabah-pernah-sertai-sukan-olimpik-sebagai-sebuah-negara
kisah-negeri-sabah-pernah-sertai-sukan-olimpik-sebagai-sebuah-negara
kisah-negeri-sabah-pernah-sertai-sukan-olimpik-sebagai-sebuah-negara
Sumber: Iloveborneo

Peluang jarang berlaku sebelum bergabung dengan Tanah Melayu

Walaupun hanya sekali menjadi sebagai sebuah negara, pastinya ia menjadi kenangan manis dan menjadi sejarah yang tidak ternilai bagi negeri di bawah bayu selain berpeluang menyertai Sukan Olimpik.

Namun begitu, Borneo Utara tidak menyertai Sukan Olimpik bagi edisi tahun 1960 kerana tidak mempunyai wakil yang layak ke temasya tersebut.

Identiti Borneo Utara lenyap setelah Sabah diisytiharkan bergabung bersama Sarawak dan Tanah Melayu untuk membentuk sebuah negara iaitu Malaysia pada tahun 1963.

Temasya Sukan Olimpik edisi tahun 1964, atlet dari Borneo Utara atau lebih dikenali sebagai negeri Sabah telah menyertai temasya tersebut sebagai atlet negara Malaysia.

Untuk pengetahuan, Borneo Utara juga tidak pernah menubuhkan Jawatankuasa Olimpik bawah negara sendiri sebelum pembentukan Malaysia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: