Di pengadilan yang didominasi oleh para lelaki, terdapat seorang wanita tabah telah memecahkan tradisi dan mencipta legasinya tersendiri. Wanita tersebut meninggalkan kesan yang besar dalam sejarah India. Razia Sultan namanya dan beliau adalah wanita muslim yang pertama memerintah Kesultanan Delhi.
Razia Sultan telah memerintah pengadilan Delhi selama 4 tahun sejak tahun 1236 hinggalah ke 1240. Namun, beliau tidak naik takhta dengan semudah itu, di mana sistem pemerintahan pada masa itu tidak menerima golongan wanita sebagai ketua.
Walaupun raja Delhi yang terdahulu telah melantik Razia sebagai pewaris sah takhta, keadaan pengadilan di negara tersebut tidak berubah sama sekali. Malah pengadilan melantik abang tiri wanita itu yang tidak kompeten, Raknuddin Firuz mendapatkan takhta.
Tetapi, pemerintahan di bawah abang tirinya itu tidak bertahan lama. 6 bulan telah berlalu, Raknuddin dan ibunya, Shah Turkan telah dibunuh.
Akhirnya, Razia naik takhta bagi memerintah kerajaan pada November 1236.
Sebaik Razia berjaya mendapatkan takhta, beliau telah membuka hijabnya sekali dengan pakaian tradisional muslimah dan menggantikan dengan pakaian lelaki. Beliau juga mengisytiharkan dirinya sebagai ‘tulang belakang wanita’.
Beliau turut menolak gelaran Sultanah memandangkan ia seringkali dirujuk sebagai isteri ataupun perempuan simpanan kepada sultan. Razia dengan bangganya mendakwa dirinya lebih mulia dari itu.
Semasa zaman pemerintahannya, Razia memperolehi reputasi sebagai pemimpin yang berani, bijaksana dan pintar. Beliau telah berjaya bertarung dalam beberapa peperangan dan menakluki wilayah baru yang menjadi kebanggaan Kesultanan Delhi pada masa itu.

Pemimpin wanita tersebut turut memberikan sumbangan yang banyak terhadap pelajaran di negara itu dengan menubuhkan perpustakaan awam, sekolah dan pusat akademik.
Oleh disebabkan sumbangan besarnya terhadap negara, pemerintahannya meraih sokongan daripada kebanyakan penduduk Delhi.
Namun, pemerintahan Razia Sultan tidak bertahan dengan lama di mana beliau telah dibunuh sekali dengan suaminya, Malik Altunia dalam suatu peperangan menentang Muizuddin Bahram Shah.
Muizuddin sudah dijanjikan untuk mengambil alih tempat Razia selepas kematian pemerintah wanita itu.
Razia telah berjuang dengan sepenuh kudratnya tetapi malangnya, beliau tewas dalam peperangan tersebut yang membuatkan beliau pemerintah wanita pertama dan terakhir Kesultanan Delhi.
Penulis
- Norfarisha Farhana binti Abdullah adalah pelajar Fakulti File, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
- Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan kejadian misteri, anda boleh klik pada pautan di bawah: