Kisah Aladdin Bukan Dari Baghdad, Ini Cerita Asal Sebelum Versi Disney

Kisah Aladdin Bukan Dari Baghdad, Ini Cerita Asal Sebelum Versi Disney

Pasti semua orang tahu dengan kisah Aladdin sebelum ini dimana ia merupakan sebuah cerita yang dipetik dari hikayat 1001 satu malam. Mengisahkan seorang pemuda miskin yang telah jatuh cinta kepada seorang puteri jelita. Tapi, adakah anda semua tahu dari mana datangnya kisah Aladdin ini? Lebih menarik lagi, kisah Aladdin ini bukanlah berasal dari Baghdad seperti yang didengar.

Ianya bermula apabila Antoine Galland, iaitu seorang lelaki Perancis. Pada ketika itu, dia merupakan seorang penulis yang mengalih cerita hikayat 1001 satu malam dalam bahasa Perancis.

Sebenarnya, himpunan hikayat 1001 malam ini adalah cerita yang dikumpulkan dari pelbagai negara dalam satu buku. Bukan itu sahaja, kisah dalam buku tersebut tidak semestinya berasal dari negara Arab itu sendiri.

Kembali pada kisah Aladdin, Antoine mendengar satu cerita daripada seorang lelaki Syria yang bernama Hanna Diyab. Dikatakan, cerita yang disampaikan oleh Hanna Diyab kepada Antoine tidak dapat dipastikan sama ada dia mereka cerita atau berdasarkan pengalamannya sendiri. Maka, dari situlah muncul latar belakang kisah Aladdin yang mengatakan cerita ini berasal dari negara China.

Menerusi terjemahan Antoine, kisah Aladdin ini mempunyai latar belakang negara paling jauh tetapi mengamalkan budaya Islam. Para pengkaji ketika itu mengetahui beberapa negara yang jauh dan tidak lain tidak bukan, iaitu negara China. Tetapi, di negara China ada orang beragama Islamkah?

Sudah tentu ada. Islam telah sampai di China berkurun lamanya melalui perdagangan yang berlaku di Laluan Sutera. Terdapat juga beberapa lukisan yang menggambarkan kisah Aladdin dengan lukisan masyarakat China kerana ada satu etnik yang mengamalkan budaya Islam ketika itu.

Kisah Aladdin Bukan Dari Baghdad, Ini Cerita Asal Sebelum Versi Disney
Asal usul kisah Aladdin sebelum Aladdin versi Disney dikeluarkan
Sumber: Ageret

Mengikut cerita asal, Aladdin bukanlah seorang yang tiada ibu bapa namun sebaliknya dia mempunyai ibu tetapi kematian bapa. Bapanya merupakan seorang tukang jahit dan dikatakan bahawa Aladdin sebenarnya mempunyai 2 belaan jin. Belaan jin Aladdin terdapat pada sebuah teko dan juga sebentuk cincin. Ibu Aladdin merupakan orang pertama yang menggosokkan teko tersebut bagi mengeluarkan jin itu.

Persoalan yang mungkin berlegar dalam fikiran pembaca adalah mengikut cerita Disney Aladdin bagaimana pula boleh berlatar belakang dengan negara Arab?

Kisah Aladdin versi Disney bermula, apabila syarikat Disney ingin membuat set filem yang berlatar belakangkan negara Iraq atau lebih tepat lagi Baghdad pada tahun 1992. Tetapi, ketika itu Amerika baru sahaja tamat dengan Perang Teluk dan pihak Disney telah menukar nama Baghdad menjadi Agrabah.

Khabar angin mengatakan bahawa pihak Amerika sebenarnya menukarkan nama Baghdad supaya ketegangan di kawasan tersebut menjadi reda dan digambarkan sebagai tempat yang sesuai untuk diduduki.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: