Khazanah Alam Yang Berharga, Ini 7 Taman Negara Terbesar Di Dunia

khazanah-alam-yang-berharga-ini-7-taman-negara-terbesar-di-dunia

Kemusnahan hutan di seluruh dunia ada kalanya tidak dapat dielakkan terutamanya untuk pembinaan penempatan baru dan pembangunan. Disebabkan perkara ini, sesetengah negara kerajaan telah menggazetkan kawasan tertentu sebagai Taman Negara bagi menghalang khazanah negara dimusnahkan.

Bahkan di Malaysia juga, terdapat puluhan Taman Negara dan Taman Negeri. Antara yang popular adalah Taman Negara Malaysia, Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Pulau Pinang dan banyak lagi.

Taman-taman negara di seluruh dunia juga mengalu-alukan kedatangan pelancong dan mendorong orang ramai untuk meneroka keindahan Bumi yang ada. Artikel pada kali ini akan mengongsikan kepada para pembaca 7 taman negara terbesar di dunia.

1. Taman Negara Greenland Timur Laut

Sumber: Indo Zone

Taman Negara Greenland Timur Laut merupakan taman negara paling besar di dunia dengan keluasannya dianggarkan sekitar 375,000 batu persegi. Terletak di Denmark dan ditubuhkan pada tahun 1974. Selain terkenal dengan pemandangan yang indah, ia juga merupakan lokasi haiwan-haiwan yang menarik seperti musang artik, lembu kasturi (musk ox) dan beruang kutub.

Bukan itu sahaja, taman negara ini benar-benar jauh daripada penempatan manusia dan merupakan rumah bagi kurang daripada 50 penduduk manusia yang kebanyakkannya adalah pemburu Inuit dari Ittoqqortoormiit. Taman Negara Greenland Timur Laut adalah satu-satunya yang terdapat di Greenland serta kawasan paling utara dari semua taman negara seluruh dunia.

2. Taman Negara Namib Naukluft

Sumber: Delachieve

Ditubuhkan pada tahun 1979 dan mempunyai keluasan seluas 19,216 batu persegi. Taman Negara Namib Naukluft adalah paling besar di benua Afrika yang terletak di negara Namibia, malah meliputi kawasan gurun Namib.

Bukit pasirnya yang menjulang tinggi menonjol sebagai mercu tanda dan warna orennya begitu menarik perhatian membuatkan ramai pelancong berusaha memanjatnya. Kawasan bukit pasir yang terletak di daerah Sossusvlei yang digelar “Big Daddy” merupakan antara yang mudah diakses oleh pendaki.

3. Taman Negara Wood Buffalo

Sumber: Iluminasi

Ditubuhkan pada tahun 1922 dan mempunyai keluasan 17,300 batu persegi lalu menjadikannya taman negara ketiga terbesar di dunia. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan taman negara terbesar di Kanada malah berfungsi sebagai rumah bagi spesis haiwan terbesar “wood bison” dan empangan memerang terbesar di dunia.

Pada mulanya, taman negara ini didirikan untuk melindungi populasi wood bison yang menurun mendadak. Selain berfungsi sebagai tempat pemeliharaan haiwan liar, taman negara ini memiliki pelbagai jenis pemandangan yang mengagumkan, termasuk hutan boreal dan dataran boreal.

4. Taman Negara dan Pemeliharaan Artik

Sumber: Iluminasi

Gates of the Arctic National Park and Preserve adalah sebuah taman negara yang terletak di Alaska, Amerika Syarikat. Ianya ditubuhkan pada tahun 1980 dan mempunyai keluasan 13,238 batu persegi. Taman negara ini merupakan kawasan paling utara di Amerika Syarikat.

Taman ini sesuai kepada pelancong yang gemar akan hutan belantara dan ingin menjauhkan diri dari manusia. Tidak ada laluan khas yang ditandai atau kawasan perkhemahan yang ditentukan. Oleh itu, setiap pengunjung yang serius perlu membawa sendiri satu set alatan perkhemahan yang pertahanan kendiri.

5. Taman Negara Denali

khazanah-alam-yang-berharga-ini-7-taman-negara-terbesar-di-dunia
Sumber: G-Switch.org

Denali National Park and Preserve adalah salah satu taman negara popular di Amerika Syarikat. Ianya terletak di Alaska dan kawasan ini ditubuhkan pada tahun 1917 serta keluasannya dianggarkan sekitar 9492 batu persegi. Tarikan utama pelancong ke sini adalah pemandangan indah Gunung Denali itu sendiri.

Untuk pengetahuan, taman yang sangat besar dan indah ini mendapat namanya daripada Gunung Denali, dahulunya dikenali sebagai Gunung McKinley iaitu puncak gunung tertinggi di Amerika Utara. Puncak kolosal ini mencapai ketinggian puncak 20,310 kaki di atas permukaan laut dan merupakan tempat yang selamat untuk pelbagai spesies hidupan liar.

6. Taman Negara Kruger

khazanah-alam-yang-berharga-ini-7-taman-negara-terbesar-di-dunia
Sumber: Tripnholidays

Terletak di daerah Limpopo dan Mpumalanga di Afrika. Taman negara ini telah ditubuhkan pada tahun 1926. Keluasannya pula diisytiharkan seluas 7,523 batu persegi yang meletakkan di taman negara ini di tangga ke 6 terbesar di dunia. Selain itu, ia juga salah satu taman negara terbesar yang terdapat di Afrika.

Berfungsi sebagai untul melindungi populasi besar pelbagai jenis hidupan liar, termasuk 500 spesies burung yang berbeza. Ramai pengunjung tertarik dengan begitu banyak haiwan menarik yang berkeliaran di savana dan safari.

Bahkan juga, taman negara ini memberi peluang kepada pelancong untuk melihat haiwan liar ini secara lebih dekat di hadapan mata mereka.

7. Taman Negara Manu

khazanah-alam-yang-berharga-ini-7-taman-negara-terbesar-di-dunia
Sumber: Tierient

Terletak di Peru dan ditubuhkan pada tahun 1973. Keluasaannya yang digazetkan adalah seluas 6627 batu persegi dan meletakkannya di tangga ke 7 dalam senarai ini. Taman yang mengagumkan ini terletak di antara Lembangan Amazon dan Tropical Andes, adalah rumah bagi populasi hidupan liar hutan hujan yang menakjubkan.

Haiwan unik bebas berkeliaran dan berkembang biak di bawah perlindungan taman negara ini seperti sloth, armadill gergasi dan ocelot. Antara hutan lebat dan kepelbagaian flora yang luas, Taman Negara manu dianggap sebagai salah satu lokasi semula jadi dengan pemandangan yang terbaik.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: