Sudah tentu anda pernah terdengar atau terbaca kisah mengenai raja yang melakukan perkara ekstrem ketika berkuasa. Apa yang lebih mengejutkan, ramai sebenarnya raja atau pemerintah seperti ini dalam sejarah. Tahukah anda sebenarnya ada raja yang benar-benar mempunyai masalah mental dalam sejarah dunia?
Perkara ekstrem yang biasa dilakukan oleh seorang raja adalah seperti kekejaman terhadap rakyat, musuh, memperkenalkan undang-undang tidak masuk akal atau terlalu mempercayai perkara tahyul. Bahkan, ada sebahagian daripada mereka digelar sebagai “Raja gila”.
Berikut adalah beberapa raja yang mengalami masalah atau sakit mental ketika berkuasa.
1. Caligula (12M – 41M)

Caligula atau nama sebenarnya Gaius Julius Caesar Augustus Germanicus merupakan maharaja Rom dari tahun 37 M hingga 41M. Difahamkan, Caligual adalah seorang raja yang kejam, sadis dan gila.
Apabila maharaja Tiberius yang dibenci meninggal dunia, penduduk Rom meraikan Caligula dengan mengorbankan kira-kira 160,000 haiwan dalam tempoh tiga bulan. Mereka berharap maharaja baru itu akan membawa perubahan tetapi berlaku sebaliknya.
Caligula tidak teragak-agak untuk membunuh atau mengarahkan hukuman mati sebagai hiburan. Dia juga amat boros membelanjakan wang kerajaan. Selain itu, dia juga menganggap dirinya sebagai tuhan yang harus disembah.
Selain sering mengadakan pesta seks, dia malah menukar istananya menjadi rumah pelacuran. Bukan itu sahaja, dia juga mengadakan hubungan intim dengan saudara perempuannya sendiri.
Pada usia 28 tahun, Caligula akhirnya mati dibunuh. Sejarawan percaya bahawa Caligula menghidapi epilepsi, hipertirodisme atau penyakit Wilson, gangguan yang boleh menyebabkan ketidakstabilan mental.
2. Vlad the Impaler (1428-1476)

Vlad the Impaler atau nama sebenarnya Vlad Dracula adalah salah seorang tokoh yang terkenal dalam sejarah. Walaupun sebahagian menganggapnya sebagai wira Romania namun, kekejaman yang dilakukannya tidak berperikemanusiaan.
Terkenal sepanjang pemerintahannya kerana gemar melakukan penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai. Dia sanggup melakukan apa sahaja agar musuh gerun terhadapnya.
Gelaran Vlad the Impaler diberikan kepadanya kerana dia sering menyula musuh di luar kubu bagi menakutkan pihak lawan. Malah, dia juga sering dikaitkan dengan mitos puntianak.
Sejarawan berpendapat bahawa Vlad mengalami porphyria, iaitu sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan metabolisme tidak normal dalam pigmen darah. Gejala bagi penyakit ini termasuklah gangguan mental dan keadaan kulit sensitif terhadap cahaya.
3. Nebuchadnezzar II (642M-562M)

Raja Nebuchadnezzar II dianggap sebagai raja terhebat dalam sejarah Empayar Neo-Babylon. Pemerintahannya berkuatkuasa setelah bapanya, Nabopolassar meninggal dunia pada 605 SM.
Selain terkenal dalam pembinaan, Nebuchadnezzar II juga dianggap sebagai penjahat dalam Old Testiment kerana menyerang dan mengusir orang Yahudi keluar dari Jerusalem lalu dijadikan tawanan di Babylon.
Suatu hari, raja itu mendapat mimpi pelik tetapi tiada seorang ahli nujum berjaya mentafsirkannya. Dia kemudian bertanya kepada tawanan Yahudi bernama Daniel yang dipercayai oleh Yahudi dan Syiah sebagai Nabi Daniel, mengenai mimpinya.
Menurut Daniel, jika raja itu tidak bertaubat maka dia akan menjadi gila dan berkeliaran seperti binatang buas. 12 bulan kemudian, Raja Nebuchadnezzar II benar-benar menjadi gila dan tinggal di hutan dan memakan rumput seperti seekor lembu selama tujuh tahun.
Istilah psikologi untuk penyakit ini adalah boanthropy, di mana pesakit percaya bahawa dirinya adalah seekor lembu. Namun, sebahagian sejarawan berpendapat ia adalah kisah Raja Nabonidus, raja Babylon yang memerintah dua dekad selepas kematian Nebuchadnezzar II.
4. Charles VI of France (1368-1442)

Raja Charles VI mempunyai banyak persamaan dengan Raja George III. Di bawah pimpinannya, Perancis kalah dalam Peperangan Seratus Tahun menentang England.
Ketika mula memerintah, dia dikenali sebagai ‘Charles yang Disayangi’ oleh rakyatnya. Tidak lama kemudian, kesihatan mentalnya mulai merosot sehingga sanggup membunuh pegawai peribadi dan tetamu dirajanya.
Masalah mental Raja Charles VI paling popular adalah Delusi Kaca. Dia yakin bahawa tubuhnya diperbuat daripada kaca.
Dia enggan membenarkan sesiapa menyentuhnya, bahkan sanggup duduk diam selama berjam-jam bagi mengelak dirinya daripada pecah berderai.
Sejarawan dan doktor moden berpendapat bahawa psikosis iaitu, gangguan mental yang teruk Raja Charles VI itu sebagai skizofrenia. Penyakit mental itu dipercayai diwarisinya daripada keluarga ibunya, Joan of Bourbon.
5. George III of England (1738-1820)

Raja George III mungkin paling diingati sebagai raja yang kalah kepada Amerika dalam Perang Kemerdekaan mereka. Walau bagaimanapun, banyak lagi kisah mengenai raja ini terutamanya mengenai kesihatan mentalnya.
Masalah mental Raja George III menjadi semakin teruk sehingga diisytiharkan tidak layak untuk memerintah.
Anaknya, Raja George IV dinaikkan menjadi Pemangku Raja sebagai pengganti sementara jika raja belum dewasa, tiada di dalam negeri atau tiada upaya bagi menggantikan bapanya.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: