Kajian mengatakan bahawa individu yang sedang alami kesunyian kini meningkat sejak pandemik COVID-19 tiba dalam kehidupan kita.

Peningkatan sindrom kesunyian dalam pandemik ini boleh memberi kesan dari segi kesihatan mental mahupun fizikal, ketenteraman dan juga jangkaan hidup bagi seseorang individu.
Pengajian ini telah diterbitkan pada hari Isnin oleh American Psychological Association tentang kesunyian membawa perasaan yang menyakitkan diri dan akan menjadi isu pada masa akan datang.
Penulis utama, Mareike Ernst, dari Universiti Johannes Gutenberg of Mainz di Jerman menjelaskan walaupun hanya 5% sindrom kesunyian meningkat, akibatnya yang berisiko tinggi itu menyebabkan kes ini perlulah dipantau.
Pengkaji-pengkaji telah mengulas 34 kajian dari empat benua, lebih kepada negara-negara yang kaya iaitu Amerika Utara dan Eropah, melibatkan 200,000 jumlah peserta bagi merumus tahap kajian ini.
Mahupun kajian sudah dijalankan, masalah ini perlu diulas dengan lebih dalam lagi untuk mendapat jawapan tentang mengapa risiko sesetengah individu atau kumpulan yang mengalami kesunyian adalah tinggi.

Duke and Duchess of Cambridge, United Kingdom, Prince William dan isterinya, Kate Middleton turut memberi sokongan kepada yang sedang menghadapi kesunyian.
Mereka akan ikut serta dalam Mental Health Minute yang akan disiarkan secara langsung kepada lebih dari 20 juta pendengar melalui 500 stesen radio.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: