Kepercayaan Tradisi Di Nigeria, ‘Zangbeto’ Upacara Kurangkan Jenayah

kepercayaan-tradisi-di-nigeria-zangbeto-upacara-kurangkan-jenayah

Kebarangkalian berlakunya jenayah tetap ada walau di mana-mana sahaja seluruh dunia. Kebiasaannya polis atau badan unit beruniform seumpamanya akan dikerahkan bertugas untuk mengekalkan keamanan dalam kalangan penduduk setempat.

Namun begitu, lain pula halnya di Nigeria. Penduduk setempat merasakan pihak polis di sana tidak boleh diharapkan untuk menjaga mereka daripada kegiatan penjenayah, maka mereka mengharapkan “Zangbeto” bagi menjaga keselamatan mereka.

Dipercayai bahawa Zangbeto adalah dewa penjaga mereka pada waktu malam di kalangan orang Ogu atau Egun di Benim, Togo dan Nigeria. Difahamkan, sebagai institusi polis dan keamanan tradisional, kultus Zangbeto ditugaskan untuk menjaga undang-undang dan adat serta memastikan keselamatan juga keamanan dalam masyarakat Ogu.

Mereka sangat dihormati dan bertindak sebagai pasukan polis tidak rasmi yang melakukan rondaan di jalanan terutama pada waktu malam. Selain daripada itu, mereka mengawasi orang, harta benda, menangkap penjenayah dan menghantarnya kepada masyarakat untuk dihukum.

Asal-usul Zangbeto

Sumber: Khaosod English

Pada mulanya, ia diciptakan untuk menakut-nakutkan musuh dan Zangbeto akan berkeliaran di jalanan untuk mengesan pencuri atau penyihir bagi melindungi undang-undang serta adat masyarakat setempat.

Istilah Zangbeto dalam bahasa Gun membawa maksud ‘lelaki malam’ atau ‘penjaga malam’.

Menurut kepercayaan mereka, Zangbeto memakai kostum khas diperbuat dari jerami, rafia atau bahan benang kecil yang diikat. Kadang-kadang benang kecil tersebut dicelup dengan warna yang sangat cerah.

Mengikut kepercayaan tradisi, berpakaian begini memungkinkan tubuh mereka dihuni oleh roh yang memiliki pengetahuan khusus tentang tindak-tanduk masyarakat setempat.

Bagaimanapun, mereka mendakwa bahawa tidak ada manusia di bawah kostum itu dan hanya roh malam, berdasarkan kisah legenda Ogu.

Dikatakan Zangbeto akan membangkitkan kekuatan yang menghuni bumi jauh sebelum munculnya manusia dan memberikan sumber kebijaksanaan serta kesinambungan bagi orang-orang Ogu.

Zangbeto adalah pengawal keselamatan tradisional atau anggota polis masyarakat mereka dalam budaya Ogu. Dikatakan juga mereka telah membentuk sebuah masyarakat rahsia yang hanya dapat dihadiri oleh para pengikut, penyembah Zangbeto atau vodoo.

Ia juga dianggap memiliki kemampuan spiritual dan magis, seperti menelan kaca tanpa membahayakan diri, menakutkan serta, menyihir.

Festival Zangbeto

Sumber: Pinterest

Zangbeto juga turut diraikan dalam satu festival yang dihadiri oleh ramai pengikutnya. Kaum lelaki dan wanita memakai pakaian istiadat warna putih sambil menyanyi dan menari dengan pukulan gendang.

Para pengikut pula akan menyapu Zangbeto menggunakan minyak tanah sebelum membakarnya.

Dipercayai sebilangan warga Nigeria berasa kecewa dengan jenayah dan rasuah yang berlaku tidak kira masa. Mereka menyatakan bahawa dengan menghidupkan semula tradisi ini dapat menjadi penghalang bagi kegiatan jenayah.

Selain itu, persembahan sempena festival ini dipercayai akan membantu menimbulkan ketakutan dan rasa hormat.

Biasanya, festival seperti dihadiri kira-kira 2,000 orang di wilayah Ajido pesisir daerah Logos yang diadakan setiap tiga tahun. Bagi penduduk setempat, festival seperti ini merupakan salah satu acara terpenting dalam kalendar keagamaan tempatan.

Pemimpin kerajaan Ajido, Aholu Saheed Adamson menggambarkan Zangbeto sebagai satu simbol kewibawaan etnik Ogu selain simbolik keselamatan seluruh masyarakat.

Orang Ogu kebanyakkannya mendiami di kawasan pesisir Nigeria, Benin dan Togo. Satu ketika dahulu, wilayah Afrika Barat pernah dikenali sebagai Slave Coast kerana sejumlah penduduk diambil dari sana untuk dijadikan hamba.

Selain kegiatan perdagangan hamba, tanah orang Ogu juga terkenal dengan pengamalan voodoo. Penggunaan Zangbeto dikatakan wujud sejak abad ke-17 lagi. Bagi orang Ogu, Zangbeto berfungsi sebagai polis tradisional dan mahkamah seperti menangani kes-kes seperti kecurian.

Penerimaan dan toleransi kerajaan

Sumber: Youtube

Masyarakat tempatan takut pada Zangbeto dan mereka percaya sekiranya melanggar peraturan akan mendapat masalah. Kepercayaan tersebut mengatakan bahawa hukuman Zangbeto boleh berkisar daripada bayaran denda hingga menyebabkan seseorang itu dibuang daripada kampung tersebut.

Pihak berkuasa Nigeria semakin bertoleransi dengan perayaan festival Zangbeto dan selagi kepercayaan asasnya tidak bersifat jenayah. Festival Zangbeto Voodoo telah mendapat sokongan kerajaan tempatan dan kebiasaannya turut dihadiri kehadiran pegawai kerajaan.

Peralihan ke Zangbeto dan tokoh-tokoh tradisional lain untuk mengurangi beban pihak berwajib, ianya secara meluas menggambarkan rakyat Nigeria mula hilang kepercayaam terhadap sistem kepolisian dan keadilan.

Beberapa orang mengatakan institusi tradisional seperti Zangbeto harus dihidupkan semula ketika kegiatan jenayah menunjukkan berlaku peningkatan.

Kepercayaan tradisional tetap kuat walaupun majoriti orang Nigeria beragama Kristian atau Islam.

Ada juga yang mengatakan bahawa dalam menghadapi korupsi yang meluas, pihak berwajib harus mengangkat sumpah jawatan dengan bersumpah kepada dewa-dewa tradisional bukan dengan Bible atau al-Quran.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: