Kalau ular tedung, mereka punya bisa yang beracun untuk membunuh mangsanya. Manakala ular sawa pula mempunyai otot kuat untuk membelit mati mangsanya. Namun berbeza daripada dua jenis ular ini, ular kecil ini tidak mempunyai kedua-kedua mekanisme tersebut, jadi apa yang dia ada untuk mempertahankan diri hanyalah kentutnya.
Ular hidung bengkok Barat (western hook-nosed snake) ialah seekor ular yang tinggal di padang pasir Amerika Syarikat dan juga Mexico. Selain dikenali kerana hidungnya yang bengkok ia turut terkenal kerana mekanisme mempertahankan dirinya yang unik, iaitu kentut.

Apabila ular kecil ini berasa terancam, ia akan mengeluarkan letusan gelembung udara yang bergemuruh dari kloaka (bukaan biasa untuk perkumuhan di hujung belakang ular). Cara pertahanan aneh ini direka untuk mengelirukan pemangsa bagi memberi masa yang cukup lama untuk ular kecil itu melarikan diri.
Menurut seorang ahli morfologi eksperimen di Kolej Lafayette di Easton, Pennsylvania, Bruce Young, ular hidung bengkok Barat menghasilkan kentut mereka ini dengan menggunakan dua set otot untuk mengasingkan poket udara yang dimampat dan kemudian mengecutkan sfinkter kloaka untuk mengeluarkannya secara paksa.
Bunyi kentut yang dihasilkan oleh ular kecil ini boleh bergerak sehingga 6’6 kaki. Walaupun bukanlah kentut yang paling bising jika mengikut piawaian manusia, namun mereka cenderung menghasilkan kentut dengan nada yang lebih tinggi. Kepada haiwan lain hal ini boleh mengelirukan.
Setelah menjalankan beberapa eksperiman makmal, Bruce Young mendapati bahawa beberapa spesimen ular ini kentut dengan sangat kuat sehingga mampu menerbangkan tubuh mereka dari tanah.
“Ular hidung cangkuk meletakkan begitu banyak tenaga ke dalam letusan ini sehingga dalam beberapa kes mereka akan melemparkan diri mereka terbang dari tanah,” kata Young.
Apa pendapat anda tentang mekanisme pertahanan aneh haiwan ini? Jika ada haiwan lain yang anda rasa turut mempunyai cara pertahankan diri yang unik, boleh kongsikan di ruang komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: