Kenapa Reezal Merican Layak Terajui Kementerian Belia Dan Sukan?

“I want you to know that also I will not make age an issue of this campaign. I am not going to exploit, for political purposes, my opponent’s youth and inexperience.”

– Ronald Reagan, presiden Amerika terbaik sejak Dwight Eisenhower.

Terbaca di media sosial, kritikan tentang usia Menteri Belia dan Sukan yang terbaru, Reezal Merican Naina Merican, yang dikatakan ‘terlalu tua’ untuk menerajui kementerian tersebut.

Hujah di sini ada masalah, dan di sini aku letak kata-kata bekas presiden Amerika Syarikat untuk korang faham apa yang aku cuba maksudkan.

Cuba baca, “for political purposes, my opponent’s youth and inexperience“?

Sebab tu dia lantik Wan Ahmad Fayshal (WAF) jadi Timbalan. Nama kementerian pun Kementerian Belia dan Sukan. WAF ambik belia, Reezal Merican ni ambik sukan la.

Kementerian Belia dan Sukan bukan untuk orang muda sahaja. Orang sukan, veteran sukan, persatuan sukan tu siapa nak jaga?

Sebab korang lantik Syed Saddiq la sukan kita turun ke laut. Nak ambik orang muda konon young blood la. Lepas tu cuba kita tengok pencapaian sukan kita. Sukan SEA tak capai sasaran. Sukan Asia tempoh hari pun tak capai.

Terdapat satu falasi tentang “KBS perlu dilantik dari golongan muda” sejak Syed Saddiq, menteri termuda dalam sejarah Malaysia, dilantik menerajui kementerian itu sejak Pakatan Harapan menang pilihanraya 2018.

Kalau kita lah sebagai seorang remaja, dan kita mengalami masalah berat. Kita memang lah rasa lebih selesa untuk berbual dengan orang yang sama baya dengan kita berbanding orang tua, tapi untuk menyelesaikan masalah, kita rujuk orang tua. Sebab orang baya kita sama sahaja pengalaman hidupnya dengan kita.

Nampak tak isu “youth power” tu pada akhirnya membawa ideologi kosong yang tak menguntungkan orang muda pun.

Syed Saddiq ada main peranan belia yang cukup baik, yang tu aku tak nafikan. Promosi e-games Syed Saddiq paling terbaik. Better than KJ sebab KJ lagi minat sukan fizikal. Tetapi KBS ni lebih dari sekadar menolong orang muda sahaja. Orang tua, terutamanya yang meneraju persatuan sukan, memerlukan pengalaman yang cukup masak dan bukannya senang untuk menjaga sebuah persatuan sukan, apatah lagi pelbagai lagi jenis sukan..

Kau tau tak dulu Tunku Abdul Rahman umur 55 tahun jadi Menteri Belia dan Sukan. Kau tau kenapa? Sebab sorang budak muda Melayu pun, semua tak tau macam mana nak manage team bola. Tunku memang minat bola, dan memang dilatih jadi pemimpin, jadi pimpin persatuan sukan tu dia takde hal.

Jadi walaupun umur 55 dia steady jadi Menteri Belia dan Sukan takde siapa pertikai.

Takde siapa soal berapa umur Juergen Klopp bila dia bawa pasukan Liverpool jadi juara Eropah dan juara dunia. Kalau Ferguson nak balik jadi manager bola pun takde siapa nak pertikai.

Sukan ni yang penting, hasil. Faham tak? Aku nak sukan Malaysia power. Asyik bawak pingat perak badminton je dalam Olimpik, dah takde apa lagi dah nak ceriakan masyarakat kelas B40 macam aku ni. Memanglah bangga menang perak, tapi sejak Barcelona 1992 kita cuba nak menang emas.

Diharapkan kita dapat hasilkan sesuatu dalam sukan Olimpik yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun nanti.

Cubalah jangan ageist sangat.