Baik jenama baju, makanan mahupun barangan elektrik, semuanya sudah terbiasa menjadi sebutan orang ramai.
Tahukah anda, sesetengah nama jenama yang sering menjadi sebutan mempunyai nama penuh dan maksud tersendiri disebaliknya?
Jom ketahui nama-nama penuh jenama-jenama terkenal ini.
1. Uniqlo – Unique Clothing

Jenama pakaian terkenal yang berasal dari Jepun ini telahpun membuka banyak cawangan di serata dunia.
Nama asal Uniqlo yang nama penuhnya Unique Clothing ternyata mempunyai sejarah disebalik nama tersebut.
Pada asalnya, nama jenama tersebut sepatutnya menjadi Uniclo, akan tetapi salah satu petugas pendaftaran tersilap dengar huruf c ke q.
Maka, terhasillah jenama Uniqlo yang telah menjadi jenama pakaian kegemaran ramai.
2. IKEA – Ingvar, Kamprad, Elmtaryd, Agunnaryd

Siapa sahaja yang tidak mengenali jenama perabot dan keperluan rumah yang bernama IKEA ini.
Nama IKEA diambil daripada inisial kepada nama pengasas jenama tersebut iaitu Ingvar Kamprad.
Kemudian, huruf E dan A pula dipetik daripada Elmtaryd dan Agunnaryd yang merupakan ladang dan perkampungan pengasas itu dibesarkan.
3. LEGO – Leg Godt

Lego merupakan jenama yang berasal dari Denmark dan ditubuhkan pada tahun 1932.
Nama Lego merupakan singkatan daripada perkataan Leg Godt yang bermaksud ‘main dengan baik’ dalam bahasa Denmark.
4. LG – Lucky Goldstar

Ya, jenama barangan elektrik dari Korea ini ternyata merupakan singkatan daripada Lucky Goldstar dan bukan Life’s Good.
Asalnya, LG dikenali sebagai Lak Hui Chemical Industrial Corp.
Lak Hui membawa maksud lucky ataupun beruntung dalam bahasa Korea. Mereka kemudiannya bergabung dengan Syarikat Goldstar.
Maka tercipta nama Lucky Goldstar yang kemudiannya disingkatkan kepada LG.
5. Toshiba – Tokyo Shibaura

Jenama Toshiba merupakan hasil gabungan daripada dua nama syarikat iaitu Tokyo Denki dan Shibaura Seisaku-sho.
Jenama yang terkenal dengan barangan elektrik berkualiti ini dibangunkan pada tahun 1939.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: